Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Yang Ada Jual, Lama-Lama...

KUALA LUMPUR - Melihat situasi terkini, Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa...

Nelayan Dikhuatiri Lemas Di...

KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan dikhutiri lemas selepas bot gentian kaca miliknya ditemui...

Yuna Tak Kecewa Tidak...

PENYANYI dan penulis lagu Yunalis Mat Zara'ai tidak berasa kecewa meskipun album baharunya...

JCorp Diminta Kaji Dalam...

JOHOR BAHRU – Johor Corporation (JCorp) dinasihati mengkaji secara mendalam terlebih dahulu mengenai...

JDT Kekal Kedudukan Di Puncak Liga Super

KUALA LUMPUR – Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan kedudukan pendahulu liga selepas mengatasi pencabar terdekat, Pahang 1-0 pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Kemenangan ke-11 tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan mengutip 35 mata selepas beraksi 14 perlawanan setakat ini.

Pada aksi di Larkin, pemain antarabangsa Singapura, Hariss Harun muncul wira JDT apabila menjaringkan gol tunggal seawal minit ketiga perlawanan.

Pahang terus dirundung malang apabila pemain pertahanannya, Muhammad Safuwan Baharudin dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Muhammad Nazmi Nasaruddin pada minit ke-68 kerana mengutip kad kuning kedua.

Dalam pada itu, juara Piala FA, Kedah kembali meraih kemenangan selepas menewaskan Kelantan 1-0 hasil jaringan pemain import dari Brazil, Paulo Rangel pada minit ke-46.


Terdahulu, Kelantan terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada penghujung babak perlawanan setelah pemainnya, Mohd Khairul Ashraf Ramli dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Wan Mohamad Tarmizi Wan Ibrahim kerana menumbuk pemain Kedah, Andik Vermansah. – BERNAMA

Kategori