Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Penyokong Perak Cedera Dibaling...

IPOH - Seorang penyokong Perak cedera di bahagian kepala apabila bas yang membawa...

MCMC Terima Lebih 6K...

IPOH - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima sebanyak 6,725 aduan mengenai...

UMNO Kumpul Maklum Balas...

MELAKA - UMNO sedang mengumpulkan maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk pimpinan dan...

FAMA Melaka Catat Jualan...

MELAKA – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka mencatatkan nilai jualan RM88,764.53 daripada...

JDT Gagal Manfaat Kelebihan Beraksi Di Laman Sendiri

KUALA LUMPUR – Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 1-1 berdepan Perak pada aksi keempat Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Keputusan seri itu, bagaimanapun menyaksikan Perak muncul pendahulu Kumpulan C menerusi kelebihan jaringan walaupun berkongsi tujuh mata dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pada aksi di Larkin, kehadiran lebih 20,000 penyokong skuad Harimau Selatan nyata gagal memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah yang dikejutkan dengan jaringan pembukaan Perak menerusi sepakan percuma pemain import dari Uzbekistan, Oybek Kilichev seawal minit ketiga perlawanan.

Kapten JDT, Safiq Rahim berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-15 setelah menyempurnakan sepakan penalti, susulan percubaan pemain tuan rumah terkena tangan pemain pelawat.

Dalam pada itu, PKNS FC meraih kemenangan sulung dalam kempen Piala Malaysia setelah mengalahkan PDRM 1-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka hasil jaringan Shahurain Abu Samah pada minit ke-28.


Gol berkenaan berpunca daripada sepakan percuma Mohd Nasrin Syamsulbahrin yang ditanduk Gonzalo Manuel Soto sebelum singgah kepada Shahurain yang tenang menewaskan penjaga gol PDRM, Muhammad Haziq Nadzli.

PDRM ditimpa nasib malang selepas Abd Latiff Suhaimi dilayangkan kad merah oleh pengadil Syed Azhar Syed Kamar pada penghujung babak kedua perlawanan selepas mengutip kad kuning kedua.

Pendahulu Kumpulan A dan B, masing-masing Kedah dan Kelantan menjadi dua pasukan terawal mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Malaysia selepas mengutip 10 mata walaupun masih berbaki dua perlawanan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JDT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori