Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kak Hassanah Kini Trending,...

NAMA seorang wanita yang dikenali sebagai 'Kak Hassanah' kini menjadi trending di media...

“Ainul Mardhiah, Janji Kamu...

ADIK Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang telah selamat menjalani pembedahan di London bagi...

Malindo Air Sasar Miliki...

KUALA LUMPUR - Malindo Air menyasar memiliki 100 pesawat dalam tempoh 10 tahun...

Bot APMM Terbakar, Tiada...

SITIAWAN - Dua bot milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terbakar di Jeti...

JBPM Kelantan Kesan 8 Unsur Khianat Cetus Kebakaran

TUMPAT – Lapan daripada 1,147 kes kebakaran yang berlaku di negeri ini tahun lepas dikesan berpunca daripada unsur khianat, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Nazili Mahmood.

Nazili berkata ia merangkumi tiga kes perbuatan khianat membakar rumah kedai, dua kes kebakaran kenderaan dan tiga rumah kediaman.

“Unsur khianat itu dikesan hasil Unit Forensik JBPM yang mempunyai kepakaran untuk mengetahui punca sebenar kebakaran.

“Malah, dengan adanya kemudahan makmal membolehkan punca kebakaran dapat diketahui dengan lebih cepat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perbarisan Tahunan 2018 JBPM Kelantan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Nazili berkata sebanyak RM86.8 juta nilai harta berjaya diselamatkan daripada musnah terbakar sepanjang tahun lepas.


Bagaimanapun, beliau berkata dalam tempoh yang sama, sebanyak RM23 juta kerugian dilaporkan akibat kebakaran.

JBPM Kelantan turut merekodkan lima panggilan palsu pada tahun lepas, katanya. – BERNAMA

Kategori