Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Saya Tidak Faham Apa...

KUALA LUMPUR - "Saya tidak faham apa yang Hashim (Mursyidul Am PAS, Hashim...

Mana Pergi Audit Dana...

Sudah 10 bulan berlalu sejak Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan...

Frost Tolak Khabar Angin...

KUALA LUMPUR - Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menolak khabar angin kononnya...

4 Syarikat Di Sabah...

KOTA KINABALU - Empat syarikat perniagaan di negeri ini akan didakwa di mahkamah...

Jawatankuasa Khas Runding Isu Monopoli Bernas

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Jawatankuasa Khas diketuai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengadakan siri rundingan bersama Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) bagi mengkaji isu monopoli Bernas sebagai pengimport tunggal beras negara.

Menterinya Salahuddin Ayub berkata jawatankuasa itu juga akan bermesyuarat bagi mengemukakan satu model baharu berhubung penamatan perjanjian konsesi Bernas yang akan berakhir pada 2021.

“Model tersebut akan dibawa dan dibincangkan di Kabinet, selepas itu akan dihuraikan kepada rakyat dan semua yang berkepentingan, bagaimana operasi model baharu tersebut setelah (perjanjian bersama) Bernas ditamatkan.

“Kita akan melihat kepada keputusan Bernas itu sendiri kerana konsesinya akan tamat pada 2021, terpulang kepada Bernas namun akan ada siri rundingan dan konsultasi antara kementerian, jawatankuasa khas dan Bernas,” katanya selepas menjadi tetamu dalam program Temu Bual Eksklusif Bernama Radio di sini, hari ini.

Salahuddin sebelum ini dilaporkan berkata penamatan monopoli Bernas akan membentuk pasaran yang lebih terbuka kepada hasil padi dan beras di negara ini, antara lain dengan mewujudkan persaingan yang sihat antara syarikat yang terlibat dalam industri padi dan beras negara.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata kementeriannya komited dalam membangunkan sektor agropelancongan.


“Sebanyak RM3 juta diperuntukkan dalam Bajet 2018 bagi tujuan tersebut dan saya telah lihat semua peruntukan yang ada, ia menjadi iltizam saya bahawa apa yang ada ini kita ‘deliver’ (laksanakan) dengan cepat, tiada kerenah birokrasi, saya wujudkan ‘fast track’ dalam ‘delivery system’ supaya ia sampai cepat kepada golongan sasar,” katanya.

Menurutnya perbincangan akan diadakan dengan kementerian lain sebagai satu inisiatif bersepadu untuk menjadikan agropelancongan sebagai elemen yang penting. – BERNAMA

Kategori