Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Caj Terhutang Kepada...

SINGAPURA – Tiada caj perlu dijelaskan kepada Lapangan Terbang Seletar terhadap pesawat peribadi...

TMJ Ucap Tahniah Penubuhan...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan tahniah dan...

Lelaki Temui USD95,000 Milik...

Kisah disebalik cerita mengenai sepasang suami isteri yang dikongsikan melalui Facebook The San...

Wanita Berusia 25 Tahun...

KUMARI KUNTI sudah dewasa, berusia 25 tahun namun disebabkan penyakit misteri yang dialaminya, dia...

Jawatankuasa Bersama Tumpu Pembangunan Luar Bandar

BELURAN – Jawatankuasa Bersama yang diwujudkan akan menyelaras dan membincang isu kepentingan rakyat di luar bandar khususnya jalan raya, bekalan air dan elektrik serta program peningkatan ekonomi membasmi kemiskinan, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Ewon Benedict.

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu juga akan memudahkan kerajaan negeri membuat keputusan bagi pelaksanaan pembangunan yang perlu di kawasan luar bandar.

Katanya ​​​ jawatankuasa itu yang diwujudkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar persekutuan telah mengadakan mesyuarat pertamanya dengan mesyuarat kedua dijadualkan pada minggu depan.

“Pada mesyuarat pertama telah membuat keputusan dari segi pengagihan kuota pembinaan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dilaksanakan menerusi Pejabat Daerah.

“Jawatankuasa Bersama telah memberi cadangan kepada Kabinet negeri dan kemudian membuat keputusan jumlah PPRT yang akan dibina dan dibaik pulih di setiap daerah,” katanya pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat pembangunan daerah Beluran, Telupid, Kinabatangan dan Tongod di sini, hari ini.


Ewon berkata ​​​​​​​pembentukan Jawatankuasa Bersama itu sejajar dengan komitmen kerajaan negeri untuk ​​​​​​​memastikan pelaksanaan program pembangunan luar bandar memenuhi keperluan rakyat. – BERNAMA

Kategori