Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Ketua Pemuda PAS Libaran...

LAHAD DATU - Ketua Pemuda PAS Libaran maut akibat lemas selepas kenderaan dipandunya...

Suntikan Vitamin C Banyak...

KEBANYAKAN wanita ingin mempunyai kulit yang putih. Bagi golongan ini, kulit putih dianggap...

Jerebu: Kualiti Udara Singapura...

SINGAPURA - Keadaan jerebu di Singapura semakin buruk dengan indeks standard pencemaran udara...

Muzium Kedua TUDM Dicadang...

KUALA LUMPUR - Sebuah lagi muzium Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dicadang dibuka...

Jarak 30 Meter Pisah Pesawah Dengan Pesawat Terhempas

PEKAN – “Syukurlah pesawat itu tidak jatuh atas saya, kalau tidak mungkin saya telah tiada,” kata Ab Jalil Abd Karim, 47.

Beliau adalah pesawah yang merupakan antara saksi awal pesawat latihan Aermacchi MB339CM Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di Kampung Pandan Dalam, berhampiran Kampung Serun, Nenasi, tengah hari tadi.

Menurut Ab Jalil, beliau berada di sawah miliknya sebelum tiba-tiba terdengar bunyi seperti letupan yang sangat kuat di udara.

“Saya pun terus pandang ke atas dan melihat dua juruterbang pesawat terjun keluar daripada pesawat bersama payung terjun dengan ketinggian cuma kira-kira 300 kaki pada waktu itu.

“Ketika itu saya benar-benar terpaku dan tidak dapat bergerak apabila melihat pesawat tanpa pemandu itu berlegar rendah tidak jauh daripada tempat saya berdiri.

“Waktu nampak pesawat tersebut hendak jatuh ke bawah, saya benar-benar dalam keadaan serba salah sebab tidak tahu pesawat akan jatuh di mana. Kalau saya
gerak, takut jatuh atas saya pula,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Beliau yang kelihatan masih trauma setelah berhadapan dengan kejadian itu bagaimanapun bersyukur kerana umurnya masih panjang apabila pesawat itu jatuh hanya 30 meter dari tempatnya berdiri sebelum meluncur ke hadapan.

Katanya semasa pesawat itu berlegar-legar di udara sebelum terhempas, tiada sebarang kepulan asap ataupun percikan api yang kelihatan menunjukkan pesawat itu akan meletup.

Ab Jalil berkata selepas pesawat itu terhempas beliau segera mendekatinya untuk memeriksa sekiranya terdapat lagi orang di dalamnya.

“Selepas itu saya menjerit panggil penduduk sekitar yang ada berdekatan di sawah ini untuk datang melihat kejadian ini dan menolong apa yang patut,” katanya.


Sementara itu, isteri Ab Jalil, Solehah Abdullah, 37, pula berkata bekalan minuman yang sepatutnya dihidang untuk suaminya diberikan kepada juruterbang malang itu setelah melihat mereka dalam keadaan lemah dan terkejut.

“Semasa kejadian saya dalam perjalanan menghantar makanan dan minuman kepada suaminya yang sedang bekerja di sawah itu, sebelum nampak pesawat berkenaan terjatuh.

“Saya bersama enam lagi orang kampung kemudian bergegas membantu mengangkat dua juruterbang itu ke tempat selamat dan saya berikan minuman yang sepatutnya menjadi bekal untuk suami kepada mereka,” katanya.

Ketika itu, katanya beliau ternampak salah seorang daripada juruterbang itu mengalami kecederaan di bibir dan seorang lagi mengadu sakit di betis selain kedua-duanya dalam keaadan pucat kerana terkejut.

Seorang lagi pesawah Abu Bakar Ahmad, 63, berkata beliau menyangka bunyi kuat yang didengar di langit adalah bunyi guruh sebelum dimaklumkan orang ramai sebuah pesawat tentera telah terhempas tidak jauh dari kawasan itu.

Pesawat yang membawa dua jurulatih penerbangan, Mejar Nazrul Hafiz Zaimi dan pelatih penerbangan, Left Mohd Hakimi Khairi dilaporkan terhempas setelah
mengalami kerosakan teknikal di Kampung Pandan Dalam berhampiran Kampung Serun, kira-kira 100 kilometer dari Kuantan pada pukul 12.54 tengah hari.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka selamat apabila berjaya keluar menggunakan kerusi injal, namun Mohd Hakimi patah kaki kirinya dan masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori