Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Datuk Seri’ Mengaku Tak...

LABUAN – Seorang ahli perniagaan terkemuka bergelar 'Datuk Seri' didakwa di Mahkamah Majistret...

Persidangan UMNO Lahad Datu...

LAHAD DATU: Persidangan UMNO Bahagian Lahad Datu di Dewan Sri Perdana di sini,...

Falkirl Wheel: Satu-Satunya Lif...

TAHUKAH anda, kehebatan teknologi di Scotland membuatkan negara itu berjaya menarik ramai melancong...

FIFA Haram Blatter Dan...

ZURICH - Presiden FIFA, Sepp Blatter dan ketua bola sepak Eropah (UEFA), Michel...

Jantung Luka Terkena Mesin Pemotong Besi

LONDON – Ia merupakan satu keajaiban dan dengan izinNya, seorang bapa, Mark McQuoid terselamat apabila pemotong besi yang digunakannya melantun dan terkena tiga tempat di bahagian jantung hingga mengakibatkan ia cedera..

Ketika kejadian, McQuoid yang juga seorang mekanik sedang menolong kawannya memotong besi dinding di sebuah gim.

“Mesin itu melantun dan ia terkena dada saya. Saya melihat ke dada dan mendapati hanya terdapat satu lubang sebesar jari saya pada jaket di bahagian dada.

“Kemudian saya rasakan ada yang tidak kena dan cuba bangun namun kemudiannya saya pengsan. Apabila sedar saya berada di dalam ambulans,’’ katanya.

Di hospital, doktor telah melakukan pembedahan dengan membuka dadnya dan kemudiannya menjahit jantung McQuoid dalam pembedahan yang sebelum ini menyaksikan tiada mangsa yang selamat.


“Doktor melakukan pembedahan itu dan hanya saya sahaja yang terselamat. Mereka membedah dada dan membukanya, kemudian mereka menjahit luka di bahagian jantung yang cedera.

“Saya amat berterima kasih kepada mereka dan apabila difikirkan, ia memang menakutkan,’’ katanya.

Kejadian itu juga memberi inspirasi kepada anak perempuannya yang berusia 15 tahun untuk menjadi paramedik.

  • Lagi berita berkaitan:
  • pelik

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori