Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

MH370 Luncur Laju Dalam...

TEKA teki bagaimana pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 boleh tersasar jarak begitu jauh...

Dipermainkan Pihak Produksi, Noorkhiriah...

SIAPA yang tak kenal dengan pelakon serba-boleh, Noorkhiriah Ahmad Shapie yang suatu ketika...

SUA SUPP, Calon BN...

KUCHING - Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Dr. Sim Kui...

Buruh Binaan Maut Dihempap...

SEORANG pekerja warga Bangladesh maut akibat terperangkap di bawah runtuhan lantai bangunan yang...

Jangka Hayat Nuri Baharu Hingga 15 Tahun

LANGKAWI – Helikopter Nuri Sikorsky S61A-4 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang telah dinaik taraf mempunyai beberapa penambahbaikan serta jangka hayat yang tinggi (sokongan) sehingga 15 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif AIROD Sdn Bhd Mejar Jeneral Datuk Ibrahim Bahari berkata, penambahbaikan ini telah memperbaiki kemampuan instrumen peraturan penerbangan (IFR) pesawat, membolehkan pesawat itu untuk terbang siang dan malam dalam apa jua keadaan cuaca.

“Keupayaan tambahan itu termasuk peningkatan ciri-ciri keselamatan dan kebolehan taktikal serta penyeragaman sistem pesawat secara keseluruhan dan juga menangani isu-isu lama,” katanya.

Ibrahim ditemui pemberita selepas menyerahkan Nuri Sikorsky S614-A kepada Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Affendi Buang, disaksikan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini hari ini.


Proses menaik taraf dijalankan di Pusat Operasi AIROD di Subang melibatkan pemindahan teknologi daripada rakan kongsi teknikalnya Heli-One Norway, dan ia selesai dalam jangka masa yang pendek iaitu 11 bulan bermula daripada reka bentuk hingga ujian penerbangan. – BERNAMA

Kategori