Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Indeks Inovasi & Kreativiti...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mewujudkan...

Polis Terengganu Pantau Media...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu meminta orang ramai menghentikan penyebaran berita tidak sahih...

Hati-Hati ‘Demokrasi Ala Penjajah’...

BATU PAHAT – Masyarakat terutama rakyat Johor dinasihat agar berhati-hati dengan taktik ‘Demokrasi...

Harimau Baham Lembu, Penduduk...

KUALA TERENGGANU: Penduduk Kampung Merbau Menyusut di Setiu, dekat sini, dinasihatkan tidak melakukan...

Jangan Sebar Berita Tidak Sahih Kes Tetak

KUALA SELANGOR – Orang ramai diminta tidak menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kejadian tetak membabitkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di Taman Permai, Jeram, pada 31 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab, berkata ia berikutan penyebaran melalui media sosial dalam bentuk video, kenyataan dan mesej bersuara itu memberi gambaran tidak tepat, sekali gus mengaitkannya dengan unsur perkauman.

Katanya, perbuatan seperti itu boleh mengundang kegusaran dalam kalangan masyarakat dan dilihat sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu tanpa merujuk kepada pihak berkuasa khususnya polis.

“Keadaan keselamatan di daerah ini terkawal dan masyarakat setempat setempat masih meneruskan aktiviti seperti biasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengenai kes itu, Md Asri berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor sudah menahan tujuh individu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.


“Saya ingin mengingatkan masyarakat agar tidak mempercayai maklumat tidak sahih dan berhenti daripada menyebarkannya.

“Individu yang cuba mencetuskan suasana kekecohan kepada orang awam sama ada melalui perbuatan atau hebahan maklumat tidak sahih boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. – BH Online

Kategori