Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kementerian, Agensi Kerajaan Terbabit...

KUALA LUMPUR – Kementerian dan agensi kerajaan yang terbabit dalam pelbagai program promosi...

Lebih 50% Daripada 1,500...

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang menyiasat lebih 50 peratus daripada...

Kisah Mahathir Gigih Panjat...

KESIAN... Baru-baru ini tersebar gambar tular Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir...

Polis Buru Suspek Intai...

TAPAH : Polis sedang mengesan lelaki yang didakwa mengintai seorang wanita di tandas...

Jangan Lantik Pihak Berkepentingan – PAC

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) meminta kerajaan memilih ahli jawatankuasa suruhanjaya untuk penerbangan awam yang benar-benar profesional serta berkecuali.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, langkah itu penting bagi memastikan suruhanjaya berkenaan benar-benar bebas daripada sebarang pengaruh sekali gus membolehkan industri penerbangan negara menjadi sebuah industri yang dinamik untuk semua syarikat penerbangan.

Kata beliau, tiada guna memilih pengerusi serta ahli jawatankuasa yang terdiri daripada mereka yang terbabit dalam industri penerbangan tempatan sama ada daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau kementerian terlibat.

“Mereka (ahli jawatankuasa) yang dipilih mesti benar-benar berkecuali bukannya sedang atau pernah menjawat jawatan dalam kerajaan di peringkat kementerian atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti Khazanah, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) atau Malaysia Airport Berhad (MAHB).

“Suruhanjaya untuk penerbangan awam mesti dapat berfungsi sebagai pemantau dan perunding kepada semua syarikat penerbangan tempatan dan tidak memihak kepada mana-mana syarikat penerbangan termasuk Malaysia Airlines (MAS),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nur Jazlan berkata, dalam industri penerbangan negara bukan hanya ada MAS tetapi juga AirAsia dan juga Malindo Air yang mesti turut dibenarkan untuk sama-sama bersaing dengan kompetitif serta mendapat segala kemudahan serta keistimewaan sama rata.


Menurutnya, tidak wajar MAS yang dimilliki kerajaan melaui Khazanah mendapat segala keistimewaan hanya disebabkan mahu memulihkan jenama itu hingga mengakibatkan syarikat-syarikat berkenaan dipinggir serta ditekan.

“Ini tidak elok untuk industri penerbangan terutama sekali rakyat,” katanya.

Beliau berkata, suruhanjaya berkenaan seharusnya menjalankan tanggungjawab seperti yang dilakukan Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang bertindak sebagai pengawalselia serta pengantara.

Katanya, tidak ada guna menubuh suruhanjaya untuk penerbangan awam tetapi dianggotai mereka yang berkepentingan atau pernah mempunyai kepentingan dalam mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan dalam industri penerbangan negara serta pegawai-pegawai daripada kementerian.

“Mereka yang mempunyai konflik kepentingan tidak boleh dipilih sebagai ahli suruhanjaya ini, kerana ia akan mengundang pelbagai tohmahan dan persepsi negatif kepada kerajaan sekali gus menyebabkan kredibiliti suruhanjaya ini, akan dipersoalkan,” katanya. – mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori