Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia-Indonesia Tingkat Kawalan Perairan

GEORGE TOWN - Polis Marin Malaysia dan Indonesia meningkatkan kerjasama penguatkuasaan perairan kedua-dua...

MH370 Menjunam Ke Laut,...

PERTH - Penyiasat kemalangan dari Australia telah mendedahkan kepada AirlineRatings.com bahawa data menunjukkan MH370...

TH Giat Uruskan Visa...

BALING - Tabung Haji (TH) meminta jemaah haji yang menghadapi masalah memperoleh visa supaya tidak...

Maut Dipatuk ‘Kepala Tedung’...

Guangzhou - Seorang chef mati dipatuk ular tedung 20 minit selepas kepala reptilia...

Jangan Khuatir Guna Penyepit Buluh Pakai Buang – Dr. Noor Hisham

PUTRAJAYA – Pengguna tidak perlu khuatir mengenai paras kandungan sulfur dioksida dalam penyepit buluh pakai buang berikutan laporan kandungan toksin yang tinggi dalam alat itu di China, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata pemantauan Kementerian Kesihatan mendapati kandungan sulfur dioksida dalam penyepit buluh adalah rendah iaitu 22 parts per million (ppm) berbanding paras yang ditetapkan oleh Food Sanitation Standard, Food and Drug Administration (FDA) Taiwan iaitu tidak melebihi 500 ppm.

“Kementerian akan sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan ke atas isu-isu yang berhubung dengan keselamatan makanan bagi memastikan kesihatan orang ramai sentiasa terjamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak kebelakangan ini terdapat kebimbangan dalam kalangan orang awam susulan laporan bertajuk ‘Cheap chopsticks may be toxic, expert says’ di laman sesawang usa.chinadaily.com.cn bertarikh 19 Mac 2013 berkaitan kandungan sulfur dioksida pada paras tinggi dalam penyepit buluh pakai buang di China.

Menurutnya, sulfur dioksida dipercayai digunakan sebagai agen peluntur serta untuk mengelakkan serangan kulat dalam pembuatan penyepit buluh.

Dr. Noor Hisham berkata menurut Peraturan-Peraturan Makanan 1985, sulfur dioksida diklasifikasikan sebagai bahan pengawet yang dibenarkan dalam makanan tertentu dan pada paras tertentu.


“Sulfur dioksida tidak berbahaya kepada manusia apabila digunakan dalam kepekatan yang dibenarkan tetapi ia boleh menyebabkan lelah terhadap orang yang sensitif apabila terhidu atau tertelan,” katanya.

Beliau berkata jika pengguna ragu-ragu dengan status keselamatan sesuatu perkakas makanan yang terdapat di pasaran tempatan, mereka boleh membuat laporan kepada kementerian melalui pejabat kesihatan daerah atau jabatan kesihatan negeri terdekat atau melalui laman sesawang moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KKM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori