Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Cadang Tubuh Pusat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang merancang menubuhkan sebuah Pusat Kawalan Trafik Kebangsaan bagi...

Naikkan Harga Udang, Peniaga...

GEORGETOWN - Tiga penjual hasil laut di Pasar Awam Batu Lancang di sini...

FIFA Haram Blatter Dan...

ZURICH - Presiden FIFA, Sepp Blatter dan ketua bola sepak Eropah (UEFA), Michel...

Kisah Lelaki Tua Keliling...

CHEN Guanming, seorang lelaki tua yang berusia 61 tahun dan hanya bekerja sebagai petani...

Usah Ganggu Jawatan Muhyiddin Sebagai Timbalan Presiden UMNO

JERLUN – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir meminta semua pihak tidak mengganggu jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO kerana beliau dipilih menerusi proses pemilihan parti.

Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah berkata jawatan Timbalan Presiden parti tidak sama dengan jawatan timbalan perdana menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri.

Sehubungan itu, adalah tidak wajar bagi sesetengah pihak mempertikaikan perkara itu dan meminta Muhyiddin digugurkan daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO, katanya.

“Kekalkan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO. Beliau banyak berjasa kepada parti,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Jerlun di sini, hari ini.


Mukhriz yang juga Ketua Umno Bahagian Jerlun menjelaskan pelantikan atau pengguguran seseorang di dalam Kabinet merupakan hak Perdana Menteri dan tertakluk kepada Perlembagaan. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori