Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tuah Drama Nur, Nama...

NAMANYA mungkin agak asing dalam industri seni tanah air tetapi selepas pembabitannya dalam...

Empat Rumah Rosak Dibadai...

ALOR SETAR - Empat rumah di Taman Wira Mergong rosak di bahagian bumbung...

Tiga Pengedar Dadah Warga...

JAKARTA - Polis Indonesia menangkap tiga rakyat Malaysia kerana terbabit sindiket pengedaran dadah...

Ular Sawa 80kg Kenyang...

KULAI - Seekor ular sawa yang kekenyangan selepas menelan seekor kambing di dalam...

Janda Ditahan Terbabit Kes Penipuan Bernilai RM16,500

KANGAR – Seorang janda yang juga bekas banduan berusia 32 tahun ditangkap di sini Ahad lalu selepas terbabit dalam lima kes penipuan membabitkan kerugian RM16,500.

Suspek didakwa memperdayakan beberapa mangsa untuk menyerahkan barang kemas dan telefon bimbit mereka dalam kejadian sekitar Julai hingga Oktober tahun ini.

Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron, berkata sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial menahan suspek dalam satu serbuan di sebuah rumah di Padang Siding, Arau, pada 26 Oktober lalu.

Zull Aznam berkata, semua barang rampasan ditemui di rumah berkenaan pada tubuh suspek dan kedai pajak gadai.


“Suspek sebelum ini pernah ditahan dan dipenjarakan lebih kurang dua tahun atas kesalahan yang sama namun dia mengulangi kegiatannya selepas dibebaskan April lalu.

“Suspek direman mulai 27 Oktober sehingga 30 Oktober dan reman itu akan disambung untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori