Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kedai Bakso Guna Pelayan...

Jakarta - Sebuah kedai bakso yang baru dibuka di Jakarta Utara diserbu ramai...

Lebih 7.5 Juta Dos...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 7,593,179 dos vaksin diberikan setakat semalam di bawah Program...

Belia Malaysia Perlu Ambil...

SHAH ALAM - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu belia tempatan ambil...

SAR Murid Orang Asli...

GUA MUSANG - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh murid Orang Asli Sekolah...

Jambatan Kg. Pulau Setelu Kini Boleh Dilalui Kenderaan

GUA MUSANG – Jambatan sementara di Kampung Pulau Setelu di sini yang ditenggelami air Sungai Nenggiri semalam, dibuka semula hari ini untuk pengguna jalan Gua Musang-Jeli.

Jambatan itu dibuka semula pukul 6 pagi tadi, selepas air sungai Nenggiri itu surut dan penduduk selesai bergotong-royong membersihkan sisa kayu yang tersangkut pada jambatan yang ditenggelami air kira-kira pukul 5 petang semalam berikutan hujan lebat.

Jambatan sementara itu dibina awal tahun lepas selepas jambatan konkrit di situ runtuh akibat arus deras dalam kejadian banjir besar pada Disember 2014 dan ia kerap ditenggelami air apabila hujan lebat.

Pentadbir Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kamizi Jalil berkata peringkat awal, pada pukul 12 tengah malam tadi, jambatan itu hanya dibuka untuk laluan kenderaan pacuan empat roda sahaja.


“Ketika itu air sungai masih melimpahi jambatan sedalam 0.2 meter dan berbahaya untuk dilalui kenderaan kecil dan bahagian atas jambatan itu masih dipenuhi sisa kayu yang dihanyutkan arus dan tersekat di jambatan terbabit,” katanya kepada pemberita di sini,” katanya.

Menurutnya penduduk bergotong-royong membersihkan jambatan semalam dan menyambung semula kerja-kerja pembersihan awal pagi ini untuk kemudahan orang ramai melaluinya memandangkan ia satu-satunya jalan utama menghubungkan Gua Musang-Jeli di kawasan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori