Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tun M Jamin BR1M...

MANSUH... Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijangka menghapuskan pemberian wang menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia...

ASNB Benar Pengeluaran Dalam...

ANAK syarikat pengurusan unit amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad...

Pelajar Keracunan Gara-Gara ‘Scrambled...

IPOH - Menu telur hancur (scrambled eggs) dikenal pasti sebagai punca awal kes...

‘Selipar’ Punca Tragedi 3...

ADIK lelaki kepada salah seorang mangsa yang maut selepas lemas di Tasik Ara Damansara,...

Jamaica Akan Bantu Malaysia Capai Kegemilangan Olimpik

NASSAU – Hasrat Malaysia untuk melahirkan juara Olimpik menerima dorongan kuat Jamaica yang menawarkan diri untuk berkongsi pengalaman dan kepakarannya dalam bidang pendidikan dan pembangunan sukan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu dibangkitkan dalam perbincangan antara beliau dan Menteri Pendidikan Jamaica Reverend Ronald Thwaites di sini pada Selasa.

“Kami menyambut baik tawaran ini kerana walaupun Jamaica sebuah negara kecil di Caribbean, ia telah melahirkan banyak juara olimpik terkemuka seperti pelari pecut Usain Bolt dan ramai lagi dalam bidang olahraga contohnya,” katanya selepas perjumpaan dua hala itu yang diadakan di luar Persidangan Menteri-menteri Pendidikan Komanwel ke-19 (19CCEM).

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata Malaysia berminat untuk mempelajari lebih banyak mengenai sistem pendidikan sukan di sekolah-sekolah di Jamaica. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori