Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekas Hakim Syarie Dilepas...

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini melepas dan membebaskan...

Mangkuk Cendol Bernilai RM900,000...

KUALA LUMPUR - Polis menggagalkan cubaan menyeludup 6.2 kilogram dadah disyaki ketamin ke...

Penjara Belanda Ditutup Kurang...

AMSTERDAM — Ketika penjara di negara-negara lain sibuk dengan peningkatan angka tahanan penjenayah...

Pengkritik Harus Bercakap Jujur...

NAMANYA menjadi hangat baru-baru ini gara-gara komen 'pedasnya' terhadap beberapa selebriti tempatan yang...

Jalur Gemilang Rezeki Berganda Tukang Jahit Kuala Nerus

KUALA NERUS – Rezeki Jalur Gemilang! Itu reaksi gembira seorang tukang jahit, Sabariah Abdul Manaf dari Teluk Ketapang di sini yang menerima banyak tempahan baju diperbuat daripada bendera Malaysia bersempena sambutan Hari Kebangsaan.

Wanita berusia 50 tahun itu berkata semuanya bermula apabila beliau menjahit sehelai gaun Jalur Gemilang untuk dipakai anak saudaranya dalam pertandingan baju patriotik tercantik di sekolah rendah pada tahun 2015.

“Namun, setelah anak saudara memakainya, ramai pula jiran dan guru sekolah yang ingin menempah pakaian daripada Jalur Gemilang untuk dipakai pada sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Kebangsaan.

“Harga tempahan untuk gaun, baju Melayu Johor dan jubah kanak-kanak ini biasanya sekitar RM30 hingga RM40, bergantung kepada saiz dan corak baju yang ditempah pelanggan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sabariah yang berpengalaman menjadi tukang jahit sejak 30 tahun lepas, berkata beliau sangat teruja setiap kali mendapat tempahan baju Jalur Gemilang kerana bendera itu adalah lambang kemerdekaan negara daripada penjajahan kuasa asing.

“Lagi seronok jika pelanggan memaklumkan baju tempahan itu memenangi sebarang pertandingan atau mendapat pujian dari pemimpin setempat yang merasmikan sambutan Hari Kebangsaan di sekolah mereka,” katanya.


Ditanya tentang cabaran menjahit baju daripada bendera ini, katanya kain Jalur Gemilang biasanya agak licin dan beliau perlu lebih berhati-hati ketika proses jahitan bagi memastikan baju tidak berkedut dan terletak cantik pada tubuh pemakai.

Setiap hari, Sabariah mampu menyiapkan empat helai gaun atau lima helai jubah dan beliau mula menerima tempahan pada akhir Julai sehingga pertengahan Ogos sahaja kerana mahu menyiapkannya dalam tempoh ditetapkan.

“Alhamdulillah, Jalur Gemilang kebanggaan rakyat Malaysia ini turut menjadi sumber rezeki buat saya, semoga ia terus menjadi lambang kedaulatan dan kegemilangan negara,” katanya. – BERNAMA

Kategori