Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PNB Serah Zakat Perniagaan...

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyerahkan bayaran zakat perniagaan berjumlah RM12,724,800...

Anwar Minta SPRM Siasat...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bersikap lebih telus dalam menyiasat...

AADK Tingkatkan Kempen Kesedaran...

ALOR SETAR - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah akan mempertingkatkan kempen kesedaran...

Bayi Dijangkiti Herpes Kerana...

BAHANA... Seorang ibu yang sering mencium bibir bayinya telah menyebabkan bayi yang berusia...

Jalan Raya Di Klang Dilanda Banjir Kilat

SHAH ALAM – Beberapa kawasan di sekitar Klang dinaiki air hampir satu meter berikutan hujan lebat selama beberapa jam awal hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata air mula naik di sekitar Bandar Bukit Raja dan Taman Sungai Rasau kira-kira pukul 4.30 pagi.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan ataupun penduduk di sekitar kawasan ini yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir setakat ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mazelan Paijan berkata hujan lebat awal pagi tadi turut menyebabkan beberapa jalan utama di Klang dinaiki air dan terpaksa ditutup.

Beliau berkata jalan yang ditutup adalah susur keluar dari Plaza Tol Sungai Rasau menghala ke persimpangan lampu isyarat ke Lebuhraya Shapadu, Jalan Sungai Rasau, Kilometer 3.5 Lebuhraya Shapadu menghala ke Shah Alam, Jalan Rajawali, Klang dan Persiaran Sultan Ibrahim menghala ke Plaza Tol Lebuhraya Shapadu.

“Jalan yang dinaiki air tetapi masih boleh dilalui pula adalah di Jalan Meru, Klang berhampiran Hospital Columbia Asia.


“Laluan yang mengalami kesesakan teruk pula adalah selepas Plaza Tol Lebuhraya Shapadu sehingga ke persimpangan arah Shah Alam dan Lebuhraya Persekutuan, Persiaran Sultan Ibrahim, dan Jalan Meru,” katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, Mazelan menasihati pengguna jalan raya supaya bersabar dan mengikuti arahan polis bagi memastikan kelancaran trafik di kawasan terjejas. – BERNAMA

Kategori