Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tanggung Kesakitan Dalam Perjalanan...

Seorang lelaki terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat ketika menaiki beca dan ambulans...

Fama Anjur Program Jualan...

KUALA TERENGGANU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) mengadakan program Jualan Pasca Banjir...

Ketampakan Rendah Kurang 3km...

KUALA LUMPUR - Ketampakan rendah kurang daripada tiga kilometer di sekitar perairan Perak,...

Penyanyi Era 1980-An, Aman...

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi era 80-an, Aman Shah, 68, menghembuskan nafas terakhir...

Jalan Ditutup Bagi Musnah Bom Lama Di Sandakan

SANDAKAN – Beberapa batang jalan akan ditutup sementara ketika pemusnahan sebutir bom lama di tanah lapang bersebelahan Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan  (JPJ) di sini dilakukan pada sebelah petang.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Mohd Hamin berkata kerja-kerja pemusnahan akan bermula pukul 3 petang hingga 4 petang.

Beliau berkata jalan yang akan ditutup ialah Jalan Lintas Utara daripada Bulatan Nasalim hingga Bulatan Helang dan Jalan Kem Tentera berhadapan Pejabat JPJ.

Sehubungan itu, menurutnya waktu operasi Pejabat JPJ berkenaan juga akan ditutup mulai 3 petang.


Pengguna jalan raya dinasihatkan agar menggunakan jalan alternatif lain sementara penduduk setempat tidak perlu merasa panik dan menjauhi kawasan berkenaan, katanya dalam satu kenyataan.

Bom tinggalan Perang Dunia Kedua itu seberat 269 kilogram ditemui pada Jumaat lalu ketika kerja-kerja mengorek tanah untuk pembinaan jalan raya dilakukan. – BERNAMA

Kategori