Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gadis Belasah Lelaki Kurang...

NEW DELHI - Marah kerana sering diganggu, seorang pelajar membelasah lelaki di sebuah...

Imam Besar Masjid Al-Aqsa...

PUTRAJAYA - Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr. Ekrima Said Sabri memuji peranan...

Jangan Tebang, Cantas Pokok...

KUANTAN - Orang ramai tidak seharusnya mengambil tindakan menebang atau mencantas pokok hiasan...

Banyak Kawasan Dimasuk Dalam...

IPOH - Lebih banyak kawasan akan dimasukkan di bawah badan Amanah Warisan Negara...

Jakim Siasat Gambar Lelaki Cacah Kalimah Allah Di Badan

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)akan menyiasat penyebaran gambar seorang individu yang mencacah kalimah suci Islam di badannya seperti yang tersebar luas di Facebook.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, Jakim akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan individu tersebut.

(BACA – Pemuda Cacah Tatu Kalimah ALLAH Cemar Kesucian Islam)

“Kita telah menerima laporan dan telah meminta pegawai pejabat agama untuk memeriksa perkara tersebut. Buat masa ini kita belum tahu siapa individu tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis ‘Salam Mesra Salam FM’ di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai gambar seorang lelaki berumur lingkungan 30-an dengan tatu pada badannya seperti di dahi, leher dan tangan yang tertera  kalimah ‘Bismillah’, ‘ALLAH’ dan lain-lain lagi.

“Perbuatan lelaki itu adalah haram dan mencemarkan kesucian kalimah tersebut, walaupun kalimah itu merupakan sesuatu yang mulia.


“Perbuatan itu tidak kena tempat. Jika mahu menyanjung al-Quran,  boleh dibuat dengan cara lain seperti menghafaz 30 juzuk al-Quran,” kata Othman sambil meminta individu terbabit agar bertaubat.

Mengenai Salam FM, beliau berkata Jakim bersedia melanjutkan tempoh siarannya dari tengah malam hingga 8 pagi jika dibenarkan.

“Jakim bersedia, memandangkan Kompleks Islam di Presint 3 (Putrajaya) hampir siap tahun depan dengan kemudahan antaranya studio baharu,” katanya.

Salam FM kini menumpang slot saluran Asyik FM yang berfrekuensi 91.1 fm sejak lima tahun lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori