Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Video: Nasib Perempuan Simpanan...

SENARIO perempuan simpanan dipukul dan dimalukan di hadapan khalayak ramai sudah tidak asing lagi...

Penjawat Awam Perlu Runding...

PUTRAJAYA - Penjawat awam perlu berunding kaedah penyelesaian pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan...

Kamera ‘Speed Trap’ Rakam...

BERLIN - Kamera pengesan had laju polis Kiel di utara Jerman merakam kejadian...

Pertandingan `Kejam’ Tangisan Bayi...

Jepun – Tangisan bayi boleh menjadikan sesetengah orang `naik hantu’ namun dalam pertandingan...

JAKIM Sentiasa Bersedia Urus Jenazah Bencana

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa bersedia menyumbangkan tenaga pegawainya dalam menguruskan jenazah Muslim mangsa tragedi dan bencana bila diperlukan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata walaupun Jakim tidak mempunyai unit khusus untuk menjalankan pengurusan jenazah di kawasan bencana, namun agensi itu sudah mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang sentiasa dipraktikkan pegawai dan kakitangannya.

SOP itu yang digunakan pegawai dan kakitangan Jakim yang menguruskan jenazah di masjid dan di hospital terutama untuk mangsa kemalangan boleh diguna pakai untuk mangsa bencana, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil penghargaan kepada pegawai Jakim terlibat dalam pengurusan jenazah Muslim mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, di bangunan Parlimen di sini, hari ini. Penyampaian sijil itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seramai 14 pegawai dan kakitangan Jakim diketuai Imam Besar Masjid Putrajaya Ustaz Mohd Abdul Manaf Mat terlibat dalam menguruskan jenazah 23 rakyat Malaysia beragama Islam, mangsa tragedi pesawat MH17 di Amsterdam, Belanda.

Mereka yang terdiri daripada 10 pegawai lelaki dan empat wanita berada di Amsterdam bermula 18 Julai dan selesai melaksanakan tanggungjawab itu 44 hari kemudian selepas semua jenazah rakyat Malaysia dibawa pulang ke tanah air.


Pesawat Airlines MH17, membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Jamil Khir berkata, penyampaian sijil tersebut merupakan satu bentuk penghargaan kepada pegawai dan kakitangan Jakim yang telah berjaya melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna.

“Tentunya pengalaman ini begitu penting, tugas ini bukanlah hanya dibuat di dalam negara tetapi di luar negara dalam menyempurnakan jenazah dan Alhamdulillah, Allah takdirkan jenazah semua rakyat Malaysia telahpun dikebumikan,” katanya.

Sementara itu Mohd Abdul Manaf ketika ditemui pemberita selepas majlis itu menceritakan pengalamannya dalam menguruskan jenazah mangsa tragedi MH17 dan menyifatkan ia pengalaman yang amat luar biasa.

“Pengalaman yang paling menyayat hati adalah apabila kita terpaksa menenangkan anggota keluarga mangsa supaya tidak melihat jenazah kerana kita tidak mahu timbulkan fitnah dan sebagainya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori