Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Perkhidmatan Doktor ‘Selfie’ Mungkin...

PUTRAJAYA - Doktor wanita yang merakam gambar selfie di sebuah hospital di Johor...

Pahang Peruntuk RM2.5 Juta...

KUANTAN - Kerajaan Pahang memperuntukkan RM2.5 juta sebagai perbelanjaan bekalan di 105 pangkalan...

Kes Khashoggi: Putin Kata...

SOCHI - Presiden Rusia, Vladimir Putin semalam berkata, Amerika Syarikat (AS) turut menggalas...

Video Aksi Seks Pengetua...

VIDEO aksi perlakuan seks seorang pengetua sekolah dan cikgu di Tianshui, China menjadi...

JAKIM Saran Mohon Isu Rohingya Tidak Berpanjangan

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyarankan agar masjid dan surau mengadakan solat hajat Jumaat ini bagi mendoakan agar isu Rohingya tidak berpanjangan.

Ketua Pengarah JAKIM Tan Sri Othman Mustapha berkata ia akan diadakan selepas solat Jumaat.

“JAKIM mengambil inisiatif melalui masjid-masjid utama Jakim iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta seluruh masjid dan surau di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk melaksanakan solat hajat pada 15 September ini selepas solat Jumaat.

“Penganjurannya bertujuan untuk mendoakan agar isu Rohingya tidak berpanjangan serta mengambil kesempatan untuk mendoakan kesejahteraan negara kita sempena sambutan Hari Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga meminta kerjasama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di seluruh negara untuk turut sama mengadakan solat hajat di masjid dan surau di bawah seliaan masing-masing.

Othman berkata ketengangan di Rakhine, Myanmar telah menimbulkan keresahan dan kebimbangan dalam kalangan negara sekitar dan sehingga kini isu tesebut masih belum nampak tanda-tanda perdamaian antara pihak-pihak yang bertelagah.


“Rakyat Malaysia disaran untuk sama-sama terus berdoa agar negara kita sentiasa kekal aman, makmur dan sejahtera,” katanya.

Media antarabangsa melaporkan lebih 90,000 etnik Muslim Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dan sesetengah daripada mereka terkandas di kawasan pergunungan tanpa bekalan asas.

Kuala Lumpur memandang berat masalah penindasan terhadap etnik Rohingya dan memberi komitmen untuk membantu menangani krisis pelarian kaum itu yang kini dilaporkan mencecah 500,000 orang di Bangladesh iaitu negara jiran Myanmar. – BERNAMA

Kategori