Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sengaja Sembunyi Maklumat COVID-19...

KUALA LUMPUR - Perbuatan sengaja menyembunyikan maklumat penting berkenaan COVID-19 sehingga menimbulkan risiko...

4,500 Penduduk P.Pinang Bakal...

PULAU PINANG - Seramai 4,500 penduduk di Batu Maung dan Teluk Tempoyak dekat...

Lebih Banyak Sekolah Amanah...

KUCHING - Lebih banyak program Sekolah Amanah akan dilaksanakan di seluruh negara bagi...

Najib Terkejut Pendedahan SPRM

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak mengaku terkejut dengan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan...

JAIPK Tarik Sijil Halal Syarikat Pemprosesan Ayam

LUMUT – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah menarik sijil halal sebuah premis pemprosesan ayam di kawasan perindustrian Seri Manjung di sini bulan lepas kerana ayam tidak disembelih dengan sempurna.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal JAIPk, Yusri Abdul Rani berkata pihaknya menarik sijil halal syarikat berkenaan pada 25 April lepas kerana gagal menepati Standard Pensijilan Halal Malaysia.

Katanya pasukan pemantauan dan penguatkuasaan hab halal bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memeriksa premis tersebut pada 21 Mac lepas sebelum menemukan perlanggaran piawaian halal yang ditetapkan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebihan voltan yang digunakan sehingga mengakibatkan ayam mati sebelum disembelih secara sempurna,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Susulan penarikan sijil halal itu, syarikat berkenaan tidak dibenarkan menggunakan logo halal Malaysia pada produk atau premis-premis di seluruh cawangan kerana ia menjadi kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Sijil halal premis berkenaan pernah ditarik pada Jun 2015 atas kesalahan melanggar peraturan daripada sudut pemprosesan produk. – BERNAMA

Kategori