Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Pemuda Dikhuatiri Lemas Selepas...

KEMAMAN - Seorang pemuda berumur 20-an dikhuatiri lemas selepas cuba melarikan diri dengan...

Gadis Malaysia ‘Histeria’ Jumpa...

UMUM mengetahui Sukan SEA edisi kali ini disertai bukan sahaja daripada atlet biasa,...

Polis Akan Buka Kertas...

PERMATANG PAUH - Polis akan membuka kertas siasatan sekiranya Timbalan Presiden PKR Mohamed...

Teguran Pedas Buat Yang...

NAMPAKNYA, hubungan Malaysia dan Korea Utara kini berada pada tahap paling tegang sejak kedua-dua...

Wanita Bersekedudukan Punyai 5 Orang Anak Ditahan

MELAKA – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) semalam menahan seorang wanita berusia 31 tahun di Pulau Besar di sini kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang lelaki sehingga melahirkan lima orang anak.

Ketua Penguatkuasa JAIM Rahimin Bani berkata wanita itu ditahan ketika sedang tidur bersama semua anaknya berusia antara satu hingga 11 tahun di dalam sebuah khemah di tepi pantai pulau berkenaan kira-kira pukul 10 pagi.

Katanya JAIM percaya lelaki berusia 37 tahun yang merupakan pasangan wanita itu berada di pulau berkenaan tetapi melarikan diri ketika pemeriksaan dijalankan.

“Siasatan mendapati wanita itu tidak mempunyai sijil perakuan nikah manakala semua anaknya tidak mempunyai sijil kelahiran dan mereka sebelum ini tinggal di Masjid Tanah (Alor Gajah, Melaka) sebelum berpindah ke pulau itu kira-kira dua bulan lepas,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Rahimin berkata wanita yang berasal dari Jengka, Pahang itu mendakwa telah berkahwin dengan lelaki itu di Thailand pada tahun 2002.


Beliau berkata wanita itu turut mendakwa empat anaknya lahir di Melaka manakala anak bongsunya lahir di Seremban, Negeri Sembilan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana bersedudukan.

Sementara itu Rahimin berkata JAIM sering melakukan pemeriksaan bagi mengekang kegiatan berunsur khurafat yang dijalankan di kawasan kubur di pulau berkenaan.

“Kami meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kegiatan berkenaan untuk tindakan lanjut,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JAIM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori