Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Farid Akui Masih Bahagia...

TIADA angin, tiada ribut... Baru-baru ini heboh mengatakan rumah tangga pasangan selebriti, Farid...

Usah Marah Jenama Sendiri...

KEMUNCULAN sebuah akaun Instagram yang mendedahkan langkah beberapa selebriti menggayakan barangan jenama tiruan...

Mahkamah: Sarjan Polis Dituduh...

ALOR SETAR – Seorang anggota polis berpangkat sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di...

Khaizul Sumbang Perak Buat...

JAKARTA - Pesilat negara, Mohd. Khaizul Yaacob menyumbang pingat perak dalam Kelas J...

Jaga Kesihatan Semasa Hari Raya, Elak Penyakit Berisiko

KUALA LUMPUR – Setelah sebulan umat Islam berpuasa menahan diri daripada lapar dan dahaga ketika di bulan Ramadan, kedatangan 1 Syawal sentiasa dinanti-nantikan untuk menikmati hidangan makanan yang lazat.

Makanan tradisi seperti lemang, ketupat, rendang, kuah kacang, dan nasi impit antara juadah kemestian yang dihidangkan setiap kali sambutan Aidilfitri.

Pastinya sukar untuk menahan nafsu makan apabila berhadapan hidangan enak jamuan raya, bersederhana adalah kunci untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Seorang pengamal perubatan swasta, Dr Khairul Idzham Abdul Khalid berkata Hari Raya bukan waktunya untuk ‘membalas dendam’ makan setelah sebulan berpuasa sehingga sanggup mengabaikan kesihatan diri.

Beliau berkata jika seseorang individu itu tidak mengawal pemakanan secara seimbang, dia sebenarnya mengundang risiko penyakit antaranya darah tinggi, serangan jantung dan diabetes.

“Kebanyakan pesakit yang saya temui memberi alasan bahawa raya hanya setahun sekali jadi mereka akan makan apa sahaja tanpa mengawal diet semasa Hari Raya.

“Amat penting bagi individu untuk mengetahui jumlah makanan yang diperlukan dalam badan kita sendiri. Kalau mereka hanya makan tanpa ambil kisah soal kesihatan maka ini akan membahayakan diri mereka,” katanya kepada Bernama.

Dr Khairul berkata bagi mereka yang mempunyai penyakit berisiko seperti darah tinggi dan diabetes, golongan ini dinasihatkan agar mengawal dan mengurangkan jumlah makanan yang boleh menganggu kesihatan mereka.

Sebagai contoh, beliau berkata pesakit yang mengidap diabetes mereka disyorkan supaya mengurangkan minuman manis dan melebihkan air kosong serta mengawal pengambilan makanan karbohidrat.

“Perlu diingatkan gula bukan hanya datang daripada minuman manis sahaja tetapi pada semua makanan yang ada karbohidrat seperti sumber daripada beras dan mee (gandum). Jadi kalau pesakit kencing manis nak makan ketupat ia tidak boleh lebih daripada tiga biji, satu sahaja sudah mencukupi.


“Pesakit juga harus tahu ketahanan diri mereka misalnya jika berkunjung ke rumah orang lain jangan makan benda manis, tolak dengan baik dan saya pasti mereka faham kerana kita ada penyakit, kalau tuan rumah itu hanya menyediakan minuman manis sahaja bawa bekalan air kosong,” katanya.

Mengakui masyarakat kini semakin peka menjaga kesihatan dan menjalani gaya hidup sihat, Dr Khairul berkata adalah disarankan supaya setiap individu itu dapat mengira kandungan kalori dalam makanan yang dimakan.

Beliau berkata ini kerana jumlah kalori setiap makanan yang diambil perlu diseimbangkan dengan berat badan, umur dan aktiviti harian individu itu.

Selain itu, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati semasa menghadiri rumah terbuka untuk mengelakkan risiko keracunan makan di hari raya nanti.

“Keracunan makanan ini selalu berlaku kepada tuan rumah yang mengambil khidmat katering (makanan yang dimasak awal) berbanding makanan yang dimasak di rumah. Oleh itu, mereka perlu tahu jika makan itu sudah tercemar dan tidak elok periksa daripada segi bau, rasa dan warna supaya kita berwaspada,” katanya.

Sementara itu, seorang suri rumah Rabaeyah Mohd Said, 66, berkata mengurangkan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan perlu dielakkan terutamanya mereka berpenyakit.

“Saya memang ada penyakit darah tinggi dan kencing manis (diabetes) jadi saya akan kurangkan makan walaupun semasa Hari Raya, memang semuanya sedap tetapi kalau tidak dijaga diri sendiri merana.

“Mereka yang berpenyakit harus mendisiplinkan diri dan makan ubat mengikut jadual yang ditetapkan untuk mengelakkan penyakit semakin kritikal,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori