Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Teknologi UAV Mampu Bantu...

KOTA BHARU - Teknologi kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) dijangka mampu membantu mengawal...

China Adakan Mesyuarat Tergempar

BEIJING – Kabinet China mengadakan mesyuarat tergempar disertai lebih 100,000 pegawai, demikian menurut...

Liverpool Layak Ke Liga...

LIVERPOOL menyempurnakan tugasan menundukkan Hoffenheim di Anfield pada malam Rabu bagi membuka laluan...

Belanjawan 2023: Produk Cecair,...

Kuala Lumpur: Duti eksais dikenakan ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin...

Jaga Keselamatan Elektrik Pada Musim Perayaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan pengguna agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan menitikberatkan aspek keselamatan elektrik terutama pada musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.

TNB dalam kenyataan hari ini berkata, pengguna disaran agar tidak membebankan soket dengan penggunaan adapter secara berlebihan bagi mengelakkan bebanan tinggi.

“Pengguna juga diminta tidak memasang atau menggantung apa juga bahan, termasuk bagi tujuan perayaan di kabel dan pepasangan elektrik TNB kerana terdapat risiko renjatan elektrik dan percikan arka.

“Bebanan tinggi, renjatan elektrik dan percikan arka boleh menyebabkan gangguan bekalan elektrik yang membawa kepada ketidakselesaan dan lebih buruk lagi merosakkan harta benda dan mengancam nyawa,” menurut kenyataan itu.

TNB turut menasihatkan pengguna supaya tidak memasang suis elektrik dengan tangan yang basah dan sentiasa memastikan peralatan elektrik sentiasa dalam keadaan baik.


Untuk sebarang aduan mengenai bekalan elektrik dan pemakluman berkaitan kejanggalan pepasangan TNB, pengguna boleh menghubungi TNB di Facebook TNB CareLine atau 15454. – BERNAMA

Kategori