Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Saya Belum Bangkrap, Tetap...

Dari Facebook Najib RazakSAYA belum bankrap lagi dengan keputusan mahkamah tinggi hari ini.Lama...

Sambut Hari Jadi Selepas...

TIADA perkataan dapat digambarkan namun Nyanaprakash Muniandy bersyukur akhirnya dapat menyambut hari lahirnya...

IPG Kampus Bahasa Melayu...

KUALA LUMPUR - Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu dinaik taraf sebagai...

Tak Perlu Pilihan Raya...

MASJID TANAH - Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak perlu diadakan di negeri ini...

Jaga Kepentingan Golongan Kurang Mampu Dalam Semakan Bajet 2016

KUALA LUMPUR – Semakan Bajet 2016 yang perlu dilaksanakan kerajaan untuk menyerap kesan kejatuhan harga minyak mentah dunia dan pelbagai faktor ekonomi semasa diharap tidak memberi kesan drastik yang boleh menjejaskan kehidupan rakyat.

Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye berkata kerajaan diharap dapat merumus strategi untuk pengubahsuaian peruntukan yang telah dibuat pada pembentangan Bajet 2016 pada Oktober tahun lepas dengan sebaik-baiknya dengan memberi keutamaan kepada golongan kurang berkemampuan.

Beliau berkata memang tidak dapat dinafikan kerajaan perlu melakukan pengubahsuaian Bajet 2016 untuk membolehkan belanjawan negara lebih realistik untuk berdepan situasi ekonomi semasa yang semakin mencabar di peringkat domestik dan global.

“Rakyat perlu menghadapi hakikat ini namun dalam pengubahsuaian ini kita harap tiada tindakan yang boleh menjejaskan kehidupan rakyat terutama golongan kurang berkemampuan yang kini berdepan kos sara hidup yang melambung tinggi menyukarkan kehidupan mereka diambil (kira).

Contohnya pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)… kita harap ia dikekalkan dan peruntukan-peruntukan untuk perkara lain yang melibatkan kebajikan golongan berpendapatan rendah juga tidak dipotong,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Lee berkata beliau yakin kerajaan akan menilai kembali pelaksanaan projek yang boleh ditangguhkan dan yang mana harus diteruskan dengan sebaik-baiknya.


Beliau yang juga Pengerusi Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) dan Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) turut berharap tiada pemotongan peruntukan yang boleh menjejaskan program dan aspek keselamatan.

“Aspek keselamatan bukan sahaja melibatkan jenayah tapi keselamatan jalan raya, saya harap tiada pemotongan peruntukan untuk agensi-agensi di bawah kementerian terutamanya Kementerian Pengangkutan contohnya MIROS yang boleh menyebabkan aktiviti promosi pencegahan kemalangan dan program keselamatan jalan raya terjejas.

Peruntukan untuk program cegah jenayah, diharapkan peruntukan untuknya diteruskan kerana aspek keselamatan tidak boleh diabai,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumamat lepas berkata kerajaan akan membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 dengan mengambil kira senario ekonomi semasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori