Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Twitter ‘Tipu’ Konon PM...

Di saat ramai memperkatakan tentang keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang diumumkan buat...

Belanjawan 2021: Perkasa Sektor...

KUALA LUMPUR - Memperkasakan sektor kesihatan dan pelancongan negara adalah antara agenda kerajaan...

Stesen TV Minta Maaf...

RABAT - Sebuah rancangan televisyen di Maghribi terpaksa meminta maaf kerana menyiarkan tip...

PRK Cameron Highlands: SKMM...

LIPIS - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang menyiasat dakwaan pemberian wang oleh...

Jabatan Pertanian Mulakan Kempen Hapus Kumbang Merah Palma

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pertanian Terengganu kini giat menjalankan kempen membendung, mengawal dan menghapus kumbang merah palma (RPW) yang menyerang pokok kelapa di negeri ini.

Pengarah pertanian negeri, Mohd Nasir Warris berkata ini kerana serangga berkenaan dikatakan aktif membiak pada musim panas yang sedang melanda negara ketika ini akibat fenomena El-Nino.

Katanya gerak kerja menghapuskan serangga itu ditumpukan di kawasan Dungun iaitu di Kuala Abang dan Seberang Pintasan, kawasan yang paling teruk diserang makhluk perosak itu, di negeri ini.

“Kempen tersebut kita jalankan secara besar-besaran yang melibatkan pegawai-pegawai pertanian dari ibu pejabat Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau bekata antara kaedah yang digunakan untuk menghapuskan kumbang merah dalam kempen tersebut ialah menggunakan perangkap feromon iaitu baldi plastik yang dipasang di pangkal batang pokok kelapa.

Katanya perangkap tersebut akan diperiksa dan bilangan RPW yang teperangkap direkod dan dimusnahkan supaya populasinya dapat dikawal.


Beliau berkata di negeri Terengganu, serangga perosak ini telah dikesan pertama kalinya pada tanaman kelapa pandan dalam Stesen Pertanian Rhu Tapai, Setiu pada bulan November 2008.

Mohd Nasir berkata mengikut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian, seluas hampir 300 hektar tanaman kelapa sawit di negeri Terengganu telah rosak akibat diserang kumbang merah sejak 2010 hingga sekarang.

Beliau berkata pihaknya telah membelanjakan sebanyak hampir RM170,000 sejak tahun 2012 hingga 2015 bagi menjalankan aktiviti menghapuskan serangga perosak itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori