Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bos Anda Teruk?… Wanita...

ANDA sangka bos anda dah teruk, tapi wanita ini, Corina Cretu yang juga...

Air Pasang Besar Dijangka...

PETALING JAYA – Pusat Hidrografi Nasional meramalkan air pasang besar dijangka berlaku di...

Isteri Guan Eng Ditahan...

GEORGETOWN - Betty Chew Gek Cheng, isteri bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim...

Nur Sajat Bakal Disaman...

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamarul Zaman atau Nur Sajat terus...

Jabatan Peguam Negara Terima Dokumen Siasatan Justo Dari Thailand

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara telah menerima dokumen berhubung siasatan terhadap bekas eksekutif PetroSaudi International Xavier Andre Justo, daripada Jabatan Peguam Thailand, Rabu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dokumen itu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk disemak dahulu sebelum ia diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

“Segala dokumen yang polis mohon sebelum ini berkaitan siasatan terhadap Justo telah diberi oleh pihak berkuasa Thailand termasuklah dokumen yang mengandungi transkrip yang Justo serah kepada Claire Brown.

“Bagaimanapun, bagi kami masa untuk meneliti dan menyiasat kesemua dokumen berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) di sini, Khamis.

Pada 16 Dis, Khalid mengesahkan pihaknya telah selesai merakam keterangan Justo berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di penjara di Bangkok dan melahirkan keyakinannya kes berkaitan Justo dapat diselesaikan selepas pihaknya menerima dokumen berkaitan kes terbabit daripada pihak berkuasa Thailand.

Justo dijatuhi hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan pada 17 Ogos lalu selepas mengaku mencuri 90 gigabait data termasuk e-mel, dokumen dan bahan lain daripada PetroSaudi International sebagai cubaannya untuk memeras ugut.


Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai status siasatan polis berhubung 1MDB, Khalid berkata sisatan 1MDB hanya akan dijalankan selepas Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selesai siasatan mereka.

“Untuk siasatan polis yang pertama kami akan siasat berkenaan pembelian tanah 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX), kebocoran maklumat perbankan dan lain-lain siasatan berkaitan 1MDB.

“Namun, polis akan tetap menjalankan siasatan 1MDB tetapi selepas Jabatan Audit dan PAC mengeluarkan laporan mereka dan polis tidak mahu siasatan bertindih-tindih kerana kita semua siasat benda yang sama,” katanya.

Terdahulu dalam majlis itu, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman yang sebelum ini Pesuruhjaya Polis Sabah dilantik sebagai Pengarah JIPS Bukit Aman yang baharu bagi menggantikan Datuk Jamshah Mustapa yang bersara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori