Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jangan Ambil Mudah Pemakaian...

KUALA LUMPUR - Keselamatan nyawa pengguna jalan raya terjamin 60 peratus apabila mereka...

Koronavirus: Waris Penerbangan Khas...

PUTRAJAYA - Waris kepada 141 rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan, China...

Sultan Nazrin Gesa Tulis...

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menggesa hakim Mahkamah Persekutuan dan...

Hukuman Rotan Di Sekolah...

KOTA KINABALU - Hukuman rotan di sekolah masih relevan bagi tujuan mendidik dan...

Jabatan Imigresen Jumpa FAM, Anggota Gabungan

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan anggota gabungannya bagi membincangkan isu pengambilan pegawai dagang melibatkan jurulatih dan pemain import serta petugas sukan.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata sehingga Disember 2016, terdapat 164,091 pemegang Pas Pegawai Dagang yang aktif dan daripada jumlah itu, 217 adalah daripada sektor sukan.

“Semasa pertemuan itu nanti segala maklumat terkini berkaitan permohonan FAM akan dibincangkan bagi memberi gambaran menyeluruh tentang prosedur sedia ada,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mustafar berkata persetujuan mengadakan pertemuan itu dipersetujui dalam perjumpaan dengan wakil FAM yang diketuai setiausaha agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin di ibu pejabat Jabatan Imigresen, di sini semalam.

Menurutnya perjumpaan itu adalah langkah proaktif Jabatan Imigresen menjalin kerjasama strategik dengan FAM untuk memudahkan segala urusan permohonan berkaitan hal Imigresen melibatkan persatuan bola sepak di bawah naungan FAM.


Mustafar berkata turut dibincangkan dalam perjumpaan itu ialah status terkini dan cadangan penambahbaikkan tatacara permohonan Pas Pegawai Dagang dan Pas Lawatan Iktisas (PLIK) bagi jurulatih dan pemain bola sepak import serta petugas sukan.

“Isu lain yang diajukan FAM termasuk surat sokongan agensi FAM yang akan dimuktamadkan dengan segera bagi memudahkan setiap permohonan,” katanya.

Kesemua permohonan akan diproses di Ibu Pejabat Imigresen sahaja bagi tujuan pemantauan dan penyelarasan supaya lebih lancar dan cepat serta memastikan setiap permohonan dilakukan dalam talian, kata Mustafar. – BERNAMA

Kategori