Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

MBAS Tawar Rebat Cukai...

ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menawarkan rebat cukai pintu kepada...

Aliran Trafik Di Lebuh...

PETALING JAYA – Aliran trafik di lebuh raya utama negara menuju Pantai Timur,...

Syabas Lancar Aplikasi Telefon...

SHAH ALAM - Pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan, dan Putrajaya kini boleh mendapatkan...

Bayi Perempuan Baru Lahir...

TELUK INTAN - Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dan dalam keadaan...

Isu Rotan: Ambil Kira Pandangan Pelbagai Pihak

KOTA BELUD – Kerajaan perlu menimbang pandangan pelbagai pihak sebelum menggubal rang undang-undang baharu yang menetapkan merotan kanak-kanak sebagai satu kesalahan jenayah, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak.

Beliau berkata, pandangan tersebut perlu diberi perhatian berikutan pelbagai reaksi daripada orang ramai, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin politik terhadap cadangan memperkenalkan rang undang-undang baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001.

“Yang penting, kerajaan perlu mendengar suara majoriti dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk sudut agama kerana tokoh agama sudah pun memberi pandangan terhadap cadangan ini,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Dua hari lepas, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, merotan kanak-kanak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Umno Sabah berkata, kerajaan tidak boleh terburu-buru memperkenalkan akta berkenaan, sebaliknya perlu mendapatkan pandangan menyeluruh terlebih dahulu.


Beliau berkata sesuatu perundangan yang hendak diperkenalkan perlu menjurus ke arah kebaikan dan dalam konteks itu, ia mestilah ditentukan agar tidak merencatkan institusi kekeluargaan.

“Membina sebuah keluarga bahagia mempunyai pelbagai cara dan kaedah mengikut amalan institusi kekeluargaan itu sendiri…bagaimana mendisiplinkan anak masing-masing tanpa melampaui had.

“Begitu pun, kita menentang keras sebarang bentuk penderaan terhadap anak-anak termasuk dipukul secara fizikal dan didera secara mental,” katanya.

Salleh berkata kes pasangan suami isteri yang merotan anak mereka di Sweden, dan dipenjarakan pada tahun lepas, boleh dijadikan iktibar oleh kementerian berkaitan termasuk melihat kesan pemisahan sementara antara anak-anak berkenaan dan ibu bapa mereka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori