Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

APMM Kota Kinabalu Tahan...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan sebuah bot...

Cool! Samsung Galaxy S7...

PERANTI iPhone yang didatangkan dengan rona emas dan juga gold rose, pastinya membuatkan pengguna...

Miss Phang ‘Bohong’ Akuan...

GEORGE TOWN - Ahli perniagaan Phang Li Koon didakwa berbohong dalam akuan bersumpah...

“Saya Hanya Penuhi Undangan”

PORT DICKSON - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen...

Isu QZ8501: Ucapan Takziah Memenuhi Ruangan Media Sosial

Misi pencarian pesawat AirAsia QZ8501 yang memasuki hari ketiga ini akhirnya terjawab apabila pesawat malang tersebut disahkan terhempas di sekitar perairan Kalimantan.

Ini berikutan apabila pasukan Badan Mencari Dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia (BASARNAS) menemui 10 objek mirip pintu pesawat, jaket keselamatan dan juga gelongsor kecemasan.

ObjekQZ8501

Setakat ini, difahamkan pihak berkuasa Indonesia berjaya menemui beberapa mayat yang timbul di kawasan perairan tersebut.

Berita pengesahan pesawat AirAsia QZ8501 yang terhembas di perairan itu terus menjadi topik utama dan perhatian dunia.

Pada masa yang sama, pesawat AirAsia QZ8501 yang membawa 162 orang ketika penerbangan ke Singpura dari Surabaya itu mencetuskan perasaan duka dan hiba khususnya buat keluarga mangsa QZ8501.

Ucapan takziah daripada para netizen nampaknya mula memenuhi ruang media sosial terutama daripada Twitter apabila masyarakat dari seluruh dunia menzahirkan perasaan simpati seiring doa buat kesemua mangsa korban nahas tersebut.

Untitled


Tidak kurang ada yang memberi kata-kata semangat buat keluarga mangsa supaya tabah dan sabar dalam menghadapi musibah yang menimpa mereka ini.

Meskipun perit untuk menerima kenyataan nahas pesawat ini, namun masyarakat mengambil kesempatan untuk berterima kasih seterusnya menghargai semua usaha dan kerja keras pihak berkuasa dan penyelamat dalam misi pencarian pesawat berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

 

VIDEO BERITA PENEMUAN PESAWAT BERKENAAN

https://www.youtube.com/watch?v=akcPvZNOcUk

https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori