Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kenapa Perlu Iktiraf Kemungkaran...

PADA saya pendirian Islam jelas, tiada siapa larang hak pendidikan atau kesihatan warga...

RON95 RON97 Naik Lagi...

PETALING JAYA - Kementerian Kewangan mengumumkan harga petrol RON95 dan RON97 dinaikkan 1...

Sisa Pepejal: Denda Mulai...

KUALA LUMPUR - Mulai esok, penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Perlis, Negeri...

Ngeri..! Wanita Mati Disepit...

MENGERIKAN.. satu lagi kemalangan maut melibatkan jentera berlaku di China pagi tadi.Belum reda...

Isu QZ8501: Jangan Bandingkan Dengan Kehilangan MH370

Pelbagai spekulasi mula timbul selepas berita kehilangan pesawat QZ8501 milik AirAsia tersebar seterusnya mengejutkan dunia.

Belum terjawab mengenai isu kehilangan MH370, muncul pula berita apabila sebuah lagi pesawat AirAsia dilaporkan hilang dari radar.

William Waldock, seorang pakar nahas udara daripada Universiti Aeronautikal Embry-Riddle di Prescott, Arizona memohon dan memberi peringatan agar tidak membanding-bandingkan kehilangan pesawat QZ8501 dengan insiden kehilangan MH370 yang masih lagi menjadi tanda tanya.

138461a

 

“Kita perlu melihat apa yang berlaku seterusnya. Mudah-mudahan pesawat itu ditemui dalam tempoh beberapa jam lagi.

“Sehingga itu, kita tidak boleh membuat sebarang spekulasi,” katanya.

Sementara itu, Airbus dalam kenyataannya memaklumkan pesawat QZ8501 itu berusia enam tahun dan dihantar kepada AirAsia pada Oktober 2008.

Pesawat tersebut direkodkan melakukan 23,000 jam penerbangan membabitkan 13,600 penerbangan.

Malah, AirAsia turut mendedahkan yang kali terakhir pesawat tersebut diselenggara adalah 16 November yang lalu.


Memetik laporan Harian Metro, QZ8501 hilang ketika berada pada altitud ‘cruising’ yang kebiasaanya tempoh paling selamat dalam sesebuah penerbangan. Hanya 10 peratus nahas udara dicatatkan pada altitud berkenaan sejak 2004 hingga 2013 menurut laporan sama.

Bercerita lanjut mengenai insiden ini, punca kehilangan pesawat QZ8501 dikatakan berkait dengan cuaca buruk seperti ribut petir.

Namun, terdapat dakwaan bahawa pesawat Airbus dikenali sebagai pesawat yang canggih dan mampu menyesuaikan diri dengan cuaca dan angin.

Tambahan pula, pesawat berkenaan baru berusia enam tahun.

Untuk makluman anda, tragedi yang sama pernah berlaku pada tahun 2007, apabila sebuah pesawat Indonesia milik Adam Air membawa 102 penumpang dilaporkan hilang sewaktu penerbangan domestik.

Malangnya, bangkai dan serpihannya ditemui beberapa hari kemudian di dasar laut.- MYNEWSHUB.CC

 

VIDEO KEHILANGAN QZ8501

https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori