Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Isma: Evangelist Di Belakang...

BONGKAR... Sikap agresif bukan Islam yang secara terbuka semakin berani cabar Islam bukan...

Proton Umum Inisiatif Senggara...

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd sudah melaksanakan langkah awal menyediakan khidmat membaiki...

Mangsa Kebakaran Kg Gersik...

LABUAN - Sejumlah 447 mangsa kebakaran daripada 82 keluarga di Kg Gersik Saguking...

Tiga Maut, Tiga Parah...

(TERKINI: Seorang lagi pekerja binaan maut apabila sebahagian pasaraya dalam pembinaan di Pulau...

Isu Mara Inc: Shafie Akan Dipanggil Jika Ada Keperluan

ISKANDAR PUTERI – Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hanya akan dipanggil memberi keterangan berhubung isu pembelian pangsapuri oleh Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) di Australia, sekiranya perlu. kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad.

Beliau berkata dalam menjalankan siasatan, sesiapa sahaja boleh dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk bekas menteri itu.

“Kita akan lihat keperluan, kalau perlu, kita panggillah dan kalau tidak, tidak panggil,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (BP) peringkat kerajaan negeri Johor yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama-sama sembilan Exco di Pejabat Menteri Besar di sini, hari ini.

Sebelum ini, Mohd Shafie menyatakan kesediaannya untuk disiasat oleh SPRM berhubung isu berkenaan.

Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki memberitahu sebanyak 24 individu telah dipanggil setakat ini bagi membantu siasatan kes terbabit.


Katanya, pihaknya turut menjalankan siasatan meliputi lebih tujuh premis termasuk pejabat Mara Inc, pejabat peguam serta pejabat penilai hartanah setelah memperoleh maklumat baharu yang berkaitan dengan pembelian hartanah berkenaan.

Azam turut berkata sehingga penghujung tahun ini, siasatan belum tentu juga selesai kerana akan mengambil masa lama apabila melibatkan pihak di luar negara. – BERNAMA

Kategori