Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ahli Kumpulan VE Kritik...

Walaupun ia pahit untuk ditelan, namun sebagai figura awam, setiap selebriti harus menerima...

Fitnah SPR Mungkin Tidak...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka berdepan pelbagai fitnah dan tuduhan...

Pemuda UMNO Perak Sudah...

IPOH - Pemuda UMNO Perak telah menghantar senarai nama yang dilihat berpotensi untuk...

Pesara Kerajaan Cedera, Rugi...

KEPALA BATAS - Seorang pesara kerajaan wanita bukan sahaja kerugian lebih RM60,000 dirompak...

Isu Kesesakan Jeti Kuala Kedah Dapat Perhatian Menteri Pengangkutan

ALOR SETAR – Isu kesesakan dan masalah perkhidmatan feri di terminal feri Kuala Kedah mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dijadual melawat terminal itu pada 21 Jan ini.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata Liow menerima jemputannya untuk datang melawat terminal berkenaan bagi mengenal pasti masalah yang mengakibatkan kesesakan itu.

“Saya jemput beliau melawat terminal tersebut untuk melihat sendiri keadaan di situ termasuk pengurusan dan perkhidmatan feri,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau berkata beberapa perkara turut akan dibangkitkan dalam pertemuan dengan Liow, antaranya masalah kekurangan tempat letak kereta, menambah baik dan pembesaran terminal feri serta sistem bagasi dalam feri.

Jelasnya pengusaha feri sejak akhir-akhir ini banyak menggunakan feri berkapasiti besar yang boleh memuatkan 500 hingga 600 penumpang pada satu masa, sekali gus mengurangkan kekerapan perjalanan selain melambatkan proses berlabuh.

“Kalau ada feri lain mendekati terminal, ia perlu menunggu giliran yang memakan masa kerana kelewatan membawa keluar bagasi berikutan tiada sistem bagasi.


Kekurangan feri menimbul masalah bagi penumpang yang hendak membeli tiket sampai ada yang terkandas dan terpaksa bermalam di terminal,” katanya yang khuatir situasi itu akan menjejaskan kempen Tahun Melawat Kedah 2016.

Menurut Mukhriz penggunaan feri kecil yang boleh memuatkan 200 hingga 300 orang dengan kekerapan perjalanan yang lebih banyak mampu memberi pilihan kepada penumpang memilih masa feri berlepas, selain pergerakan penumpang keluar masuk yang lebih lancar.

Baru-baru ini, ribuan pelancong terkandas di Jeti Kuala Kedah dan Langkawi berikutan tiket perjalanan antara kedua-dua destinasi itu kehabisan ekoran pertambahan pelancong ke pulau bebas cukai itu.

Katanya kerajaan negeri juga telah mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan untuk membina bangunan tempat letak kereta yang mengguna pakai teknologi Jepun, berhadapan terminal Kuala Kedah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]GPF608RXaJg[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori