Isu Cikgu Cadang Murid Minum Air Kencing Sendiri, Betul Ke?

Semalam, isu seorang guru di sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah yang didakwa memberi cadangan kepada muridnya meminum air kencing sendiri jika tidak membawa air minuman menjadi hangat.

Ia bermula setelah cikgu berusia lingkungan 50-an itu melarang murid bukan Islam untuk minum di dalam kelas dan dikatakan menyuruh mereka untuk minum di dalam tandas.

Isu menjadi lebih besar apabila dia kemudiannya mengatakan, andai murid tersebut tidak membawa air minuman, mereka boleh meminum air paip atau air kencing sendiri.

Air Kencing Rahsia Sihat, Miliki Kulit Wajah Menawan?

Kebanyakan masyarakat terutamanya ibu bapa tidak berpuas hati dengan tindakan cikgu itu yang dilihat tidak beretika, lantas surat aduan mengenai insiden tersebut disebarkan di media sosial.

Walau bagaimanapun, Exco Pendidikan Kedah, Tajul Urus Mat Zain menjelaskan isu berkenaan hanya satu salah faham dan guru tersebut hanya bergurau.

Tajul-Urus-Mat-Zain

Menurutnya, ucapan individu berkenaan yang dibuat dalam satu perhimpunan Ahad lalu hanyalah meminta supaya murid bukan Islam tidak minum di hadapan murid Islam.

Guru tersebut juga berkata, murid-murid boleh minum di luar kelas dan ‘bergurau’ tentang minum air paip tetapi bukan air kencing sendiri.

Memetik kenyataan Tajul seperti disiarkan Malaysiakini, “Ucapan dan pesanan itu telah disalah faham oleh segelintir murid dan menjadi isu.

“Laporan polis telah dibuat oleh waris. Guru terbabit juga telah menerima ugutan melalui panggilan telefon sekolah dan telah membuat laporan polis.”

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Khalil Ariffin berkata, kes tersebut hanyalah satu salah faham dan ia telah diselesaikan.

“Dia melawak. Dia cakap siapa nak minum juga pergi dalam tandas.

“Dia melawak saja, bukan serius.”

Menurut laporan, satu perhimpunan khas telah diadakan pada Isnin lalu untuk membetulkan kenyataan yang dibuat guru berkenaan.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Laporan Tentang Guru Bagi Cadangan Murid Minum Air Kencing Sendiri

Loading...