Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Seorang Lagi Warga China...

PUTRAJAYA - Seorang lagi pelancong China disahkan positif koronavirus menjadikan jumlah pesakit yang...

PM Terlupa Majlis Penasihat...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir...

Abang Long Paling Gengster...

TATU pada wajahnya sudah cukup untuk menceritakan siapa lelaki ini. Tak hairanlah dia...

Penghantar Akhbar Tak Mengaku...

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar surat khabar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

Isu Ceroboh Nelayan Asing Di Sabah Masih Terkawal

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa isu pencerobohan nelayan asing terutamanya warga Vietnam di Sabah semakin serius dan perlu dilihat sebagai krisis negara yang mengancam kedaulatan dan keselamatan negara.

Pengarah APMM Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Muda Mohd Zubil Mat Som berkata hanya lapan tangkapan bot nelayan asing dilaporkan daripada 6,715 pemeriksaan yang dilaksanakan oleh APMM tahun lepas.

“Sejak Januari hingga kini pula, hanya lima bot nelayan asing ditahan daripada 3,959 pemeriksaan oleh APMM dan ini jelas menunjukkan isu pencerobohan nelayan asing di Sabah tidak serius dan masih terkawal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya walaupun isu pencerobohan bot nelayan asing terkawal, pihaknya akan terus mempertingkatkan pemantauan dan pemeriksaan dari semasa ke semasa.

“Sejak 2016 hingga kini, kita telah menahan 150 bot nelayan tempatan dan bot nelayan Vietnam yang dilesenkan sebagai nelayan tempatan kerana melanggar syarat lesen,” katanya.

Mohd Zubil berkata isu pencerobohan nelayan asing sering kali menjadi kekeliruan masyarakat tempatan khususnya komuniti nelayan tempatan kerana terdapat bot nelayan Vietnam yang dilesenkan sebagai bot nelayan tempatan secara sah oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

“Kita sering kali mendapat laporan mengenai pencerobohan bot nelayan asing yang beroperasi di perairan Sabah. Namun selepas diperiksa ia sebenarnya adalah bot nelayan tempatan.

“Komuniti nelayan keliru kerana rupa bentuk fizikal bot nelayan itu adalah sama seperti bot nelayan Vietnam dan kesemua kru di dalam bot itu adalah warga Vietnam,” katanya.


Beliau berkata terdapat beberapa syarikat tempatan telah membeli bot nelayan Vietnam dan menggunakan pekerja warganegara itu secara sah.

“Mengikut rekod daripada Jabatan Perikanan Malaysia, pada tahun lepas sebanyak 31 bot Vietnam milik syarikat tempatan telah diluluskan untuk beroperasi di perairan Sabah,” katanya.

Mohd Zubil berkata penguatkuasaan terhadap bot nelayan Vietnam yang dilesenkan sebagai bot nelayan tempatan adalah mencabar.

Katanya sejak awal tahun lepas sehingga hari ini sebanyak 12 tangkapan terhadap bot nelayan Vietnam yang dilesenkan sebagai bot nelayan tempatan kerana melanggar syarat-syarat lesen termasuk lesen tamat tempoh dan menggunakan peralatan menangkap ikan yang tidak dibenarkan.

Beliau berkata aktiviti menyalahgunakan lesen oleh bot nelayan Vietnam yang dilesenkan sebagai bot nelayan tempatan harus dipandang serius dan perlu ditangani secara bersepadu oleh semua agensi berkaitan. – BERNAMA

Kategori