Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sudah Tiba Johor Muncul...

JOHOR BAHRU - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan memberikan sokongan penuh untuk Johor muncul...

Puluhan Ribu Calon Buntu,...

PETALING JAYA - Puluhan ribu calon yang sepatutnya menduduki peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam...

Kolam Ikan Bangkai Babi...

PASIR SALAK - Kolam ternakan ikan di sebuah lombong di Kuala Dipang, Kampar...

Pendakwaan Tarik Balik Rayuan...

PUTRAJAYA - Pihak pendakwaan telah menarik balik rayuan agar dikenakan hukuman lebih berat...

Isu Brexit: Solat Raya Di Southampton Dibatalkan

LONDON: Solat sunat Aidilfitri dibatalkan di Southampton, England, atas sebab keselamatan berikutan peningkatan ketegangan kaum di seluruh Britain selepas undian Brexit.

Kira-kira 2,000 umat Islam dijangka berkumpul di East Park untuk menghadiri upacara solat hari raya lewat minggu ini sempena Syawal.

Akademi Kebudayaan Bangladesh British (BBCA) membatalkan acara itu selepas kumpulan berhaluan kanan mengancam untuk mengadakan demonstrasi di bandar itu menggesa kemasukan pelarian secara besar-besaran dihentikan.

Kumpulan sayap kanan itu menyatakan mereka akan berarak di bawah panji-panji “Pelarian Tidak Diundang”.

Shere Sattar dari BBCA berkata, pihaknya memutuskan lebih baik perhimpunan besar itu dibatalkan memandangkan keadaan politik dan rusuhan di United Kingdom selepas meninggalkan Kesatuan Eropah (EU ) dan peningkatan aktiviti dan komen sekitar bandar-bandar lain yang bersifat perkauman.”


Keputusan itu dibuat kerana Majlis Ketua Polis Negara UK ini (NPCC) berkata kadar jenayah kebencian di UK melonjak lima kali ganda berikutan undian Brexit.

Menurut NPCC, ia mencatatkan peningkatan mengejutkan 500 peratus dalam kejadian jenayah kebencian, dengan lebih daripada 330 kes berbanding purata mingguan sebanyak 63. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori