Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2,799 Kakitangan MAS Diberhentikan...

PETALING JAYA - Seramai 2,799 kakitangan Malaysia Airlines (MAS) yang diberhentikan pada Jun...

Nampak Desperate Sangat. Jika...

Adoi! PM dan Menteri Kewangan tak luluskan pinjaman-pinjaman bank.Ikuti Mynewshub: TelegramBank-bank ada jawatan-jawatan kuasa,...

Syed Ali Al-Habshee Dilantik...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee dilantik sebagai Pengerusi...

Flotila Tiba Di Chittagong,...

DHAKA - Selepas melalui pelayaran selama 12 hari, kapal misi kemanusiaan Nautical Aliya...

Isteri Mangsa Bot Dipercayai Karam Yakin Suami Selamat

ALOR SETAR – Isteri kepada salah seorang mangsa yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai bot dinaiki karam di kawasan perairan Pulau Payar dekat Langkawi yakin bahawa suaminya Harif Fadelah Zainol, 58, masih hidup dan akan dijumpai tidak lama lagi.

Asmah Husin, 45, berkata nalurinya kuat berkata demikian kerana sebelum ini kejadian sama pernah berlaku di kawasan yang sama sebelum diselamatkan nelayan lain yang melalui kawasan itu.

“Saya yakin suami saya masih hidup kerana dia jadi nelayan sejak kecil dan tahu selok-belok lautan dan pulau, saya rasa dia dan dua rakannya itu dihanyutkan hingga jauh ke Pulau Langkawi dan gagal dihubungi” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah neneknya di Jalan Telok Kechai, Kuala Kedah dekat sini hari ini.

Asmah berkata kali terakhir dia bertemu dengan suaminya adalah 7 Mac lepas sebelum suaminya ke Pulau Payar menerusi pangkalan Kuala Kedah.

“(Ketika itu) tak ada perubahan apa, cuma suami menghubungi saya petang itu supaya jaga diri elok-elok sebab nak ke laut dah, dan saya pun ucap selamat jalan kepadanya sebelum perhubungan kami terputus kemungkinan dia telah berada di tengah laut,” katanya.

Katanya berita kehilangan bot itu diketahui Asmah selepas pemilik bot datang ke rumah mereka di Taman Sri Putra di sini pada Jumaat lepas untuk memaklumkan perkara itu sebelum membuat laporan polis.

“Saya cuba menghubunginya beberapa kali dan adik-beradik yang lain cuba mencari di rumah kawan-kawannya sekitar sini tetapi gagal, buat masa ini saya mampu berdoa dan berharap dia ditemui selamat,” katanya.

Sehubungan itu, Asmah mengharapkan pasukan penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat itu dapat membawa pulang suami serta dua rakan suaminya yang lain dengan selamat.

Sementara itu, bapa mangsa Zainol Md Zain, 81, berkata kali terakhir dia bercakap dengan anaknya itu melalui panggilan telefon pada 7 Mac lepas sebelum anak sulung dari lapan beradik itu turun ke laut.


“Setiap kali nak ke laut dan juga balik dia akan menghubungi saya dulu kerana tidak mahu saya bimbang, saya juga sempat berpesan supaya berhati-hati menangkap ikan supaya tidak terjatuh dan melebihi kawasan supaya tidak ditangkap pihak berkuasa dan lesen digantung,” katanya.

Zainol berkata Harif Fadelah menjadi nelayan sejak remaja lagi yang kemudian menggantikan tempatnya selepas tidak lagi ke laut kerana faktor usia.

“Dia juga anak yang baik dan bertanggungjawab selepas kematian ibunya, sehingga sekarang dia masih lagi membantu menyara keluarga dan saya berharap dia dan dua lagi kawannya itu ditemui selamat,” katanya.

Harif Fadelah merupakan tekong bot pukat tunda bersama dua awak-awak, Abd Ghani Jusoh, 56 dan seorang lagi yang belum dikenal pasti identiti keluar ke laut pada petang 7 Mac lepas untuk memukat ikan di kawasan perairan Pulau Payar.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim 1 Langkawi Komander Maritim Nurulazme Zakariah berkata pihaknya menerima laporan pada 8.20 pagi, 15 Mac daripada pemilik bot itu bahawa bot itu tidak pulang ke pangkalan Kuala Kedah seperti dijadualkan iaitu pada 12 Mac sebelum pemilik bot itu membuat laporan polis.

Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat diaktifkan dan diisertai Agensi Penguatkuasaan Martitim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sekitar Pulau Payar, Pulau Segantang dan di perairan Langkawi. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

Kategori