Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Pusat Auto Asia...

KUALA LUMPUR - Pengeluar kereta terkenal, PSA Group dari Perancis mempunyai rancangan besar...

Silverlake Axis Announces Appointment...

Malaysia, 5 May 2022 – Singapore Exchange Mainboard-listed Silverlake Axis Ltd. (“SAL” or...

IJN Sediakan Laporan Perubatan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan dan Institut Jantung Negara (IJN) masih dalam proses...

PDRM Masih Mampu Jaga...

GEORGE TOWN - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan kerajaan...

IS Sahkan Kematian ‘Jihadi John’

BEIRUT – Kumpulan militan IS mengesahkan kematian ektremis British ‘Jihadi John’, yang dikatakan terkorban dalam serangan dron di kubu kuat mereka di Raqa, November lalu.

Lahir dengan nama Mohammed Emwazi, dia dikenali sebagai pemenggal kepala kumpulan itu yang tampil bertopeng dalam beberapa siri video menunjukkan tebusan warga Barat dipenggal.

Dalam majalah online Dabiq, kumpulan itu berkata, Emwazi terkorban pada 12 November “apabila kereta yang dinaiki menjadi sasaran dalam serangan dron di bandar Raqa.”

Tentera Amerika Syarikat berkata, pada waktu itu adalah ‘paling munasabah’ bahawa dia terbunuh dalam serangan berkenaan.

“IS menyifatkan Emwazi sebagai ‘syahid’ dan berdoa kepada Allah… bagi membolehkan Tuhan memberi keampunan kepadanya dan memasukkannya dalam syurga Firdaus,” katanya.

Dabiq dalam satu artikel kepada Emwazi sambil menyifatkan dia sebagai ‘saudara terhormat’ yang terkenal dengan sifat ‘keampunan dan kejujuran’ dan pernah menyerahkan gundik sebagai hadiah kepada ‘seorang pejuang yang cedera’.


“Masyarakat dunia tahu sikap kejam pemenggal kepala yang bercakap Inggeris dengan loghat British dan dikenali sebagai ‘Jihadi John’ selepas tebusan memberi nama gelaran kepada kumpulan IS sebagai The Beatles.”

Dia muncul dalam video sulung pada Ogos 2014 menunjukkan kepala James Foley, seorang wartawan bebas Amerika dipenggal selepas ditawan di Syria pada 2012. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori