Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penjaga Kaunter Spa Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang penjaga kaunter spa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini...

Gagal Bayar Cukai RM77,000,...

KUALA LUMPUR - Kegagalan melunaskan cukai pendapatan berjumlah RM77,000 membawa padah buat pelakon...

Obama Nafi Arah Pantau...

WASHINGTON - Bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tidak pernah mengarahkan pemantauan mana-mana...

3 Projek Pertanian ‘Sakit’...

DUNGUN - Tiga projek pertanian 'sakit' berskala besar di Terengganu akan dimajukan semula...

IS Musnahkan Sebahagian Kuil Bel Di Syria

KUMPULAN militan Negara Islam (IS) telah meranapkan sebahagian daripada sebuah kuil purba di bandar Palmyra, Syria, menurut kumpulan yang memantau konflik peperangan tersebut,pada Ahad lalu.

Pihak pengganas tersebut telah melancarkan sasaran terhadap Kuil Bel, yang merupakan sebuah tinggalan sejarah era Rom yang terletak di pertengahan kawasan padang pasir bandar itu, kata kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.

Menurut agensi tersebut, tahap kerosakan pada kuil purba itu masih belum diketahui.

Kuil Bel merupakan kuil kedua di Palmyra yang disasarkan IS bulan ini. Pada 25 Ogos lalu, kumpulan tersebut telah meletupkan bahan eksplosif di dalam kuil Baal Shamim; sebuah tindakan yang disifatkan badan pemeliharaan budaya UNESCO sebagai jenayah perang yang bermotifkan untuk melenyapkan warisan kebudayaan Syria yang pelbagai.

Aktivis di media sosial juga melaporkan kemusnahan kuil tersebut, yang merupakan salah satu struktur binaan sejarah paling penting bandar Palmyra.


Palmyra, yang telah ditawan oleh IS pada bulan Mei  lalu, dirampas secara ganas selain dikawal ketat daripada komunikasi, menurut para aktivis itu lagi.

Kumpulan itu, yang telah mengisytiharkan pemeritahan berbentuk khalifaj di wilayah yang dipegangnya di seluruh Syria dan Iraq, kerap merobohkan monumen yang dianggap ‘mencemarkan kesucian’ agama Islam, selain daripada menjalankan pembunuhan besar-besaran.

Awal bulan ini, IS telah memenggal kepala seorang ahli arkeologi berusia 82 tahun yang bertanggungjawab menjaga tinggalan sejarah di Palmyra sebelum menggantung mayatnya bagi tatapan umum, menurut ketua pemeliharaan warisan Syria. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=muhJDQZdy0E

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori