Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cadangan Jawatan Tertinggi Bersatu...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata pemimpin bahagian dalam Parti Pribumi...

Dubai Miliki Kereta Polis...

DUBAI dikenali sebagai sebuah negara metropolitan yang kaya-raya dan dihuni ramai jutawan. Laman CNN...

Hampir Hilang Kaki Akibat...

LONDON – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun hampir hilang kaki selepas tersepit...

Muka Selamba, Lelaki ‘Share’...

SEORANG penumpang dalam penerbangan dari Filipina ke Singapura jam 3 petang semalam, dikecam kerana bertindak biadap...

Iran Lancar Ujian Senjata

TEHRAN – Tentera laut Iran berjaya melaksanakan ujian peluru berpandu dan menembak sasaran yang terletak pada jarak 250 kilometer, lapor agensi berita tempatan, semalam.

“Minggu ini kami menguji senjata Hormuz-2 dan ia berjaya memusnahkan sasaran yang terletak sejauh 250 kilometer di Teluk Oman,” kata Komander Unit Udara Tentera Revolusi, Jeneral Amier-Ali Hadjizadeh yang dipetik agensi Fars dan Tasnim.

Menurut agensi berita tempatan, Hormuz-2 mampu mencapai sasaran sejauh 300 kilometer. Ujian senjata itu dijalankan ketika ketegangan meningkat antara Iran dan Amerika Syarikat.

Kelmarin, pegawai kanan Tentera Revolusi menuduh Amerika Syarikat sengaja meningkatkan provokasi selepas dua kejadian berasingan di rantau teluk minggu lalu.


“Kapal tentera laut Amerika Syarikat mengubah laluan antarabangsa ketika berada di Selat Hormuz dan secara tidak profesional mendekati kapal Tentera Revolusi dalam jarak 550 meter,” kata Mehdi Hashemi kepada laman web Sepahnews. – AFP/BH ONLINE

Kategori