Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pemimpin PAS Selangor Diarah...

KUALA LUMPUR - PAS Selangor mengarahkan pimpinan parti itu di Selangor supaya tidak...

Isteri Wan Junaidi Meninggal...

KUALA LUMPUR: Isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk...

Pakatan Pelawa MIC, MCA,...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan mempelawa MCA, MIC dan Gerakan meninggalkan parti Melayu...

Perwakilan Beri Reaksi Positif...

KUALA LUMPUR - Para perwakilan UMNO menyambut baik dan memberikan reaksi positif terhadap...

IPT Disaran Jalin Kerjasama Dengan Politeknik

PUTRAJAYA – Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disaran menjalin kerjasama dengan politeknik terutama dalam bidang kemahiran bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir negara pada masa akan datang.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Datuk Dr Asma Ismail berkata menjelang tahun 2020, Pelan Transfomasi Ekonomi mengunjurkan sasaran 1.3 juta pekerja mahir diperlukan dan daripada jumlah itu 680,000 adalah pemegang diploma.

“Berikutan itu pengajian politeknik telah disesuaikan secara transformasi mengikut kadar dan kepesatan yang seiring dengan perubahan ekonomi negara serta global khusunya dalam membekalkan tenaga kerja mahir yang mencukupi,” katanya.

Asma berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi program Ijazah Sarjana Muda Sains Perumahan, Bangunan dan Perancangan (Kepujian) (Senibina) Universiti Sains Malaysia (USM) dan Politeknik Port Dickson (PPD) di sini, Isnin.

USM diwakili Naib Canselornya Prof Datuk Dr Omar Osman, manakala PPD oleh Pengarahnya Kharir Ibrahim.

Menerusi MoA tersebut seramai 30 pelajar di PPD yang mempunyai diploma dalam bidang seni bina akan melanjutkan pengajian keperingkat ijazah sarjana muda mulai September ini.


Asma berkata kerjasama antara IPT dengan politeknik juga merupakan cara terbaik untuk meningkatkan jumlah graduan daripada universiti terlibat tanpa perlu menambah bilangan kelas atau membina bangunan baharu bagi menampung pelajar.

“Dengan kerjasama seperti ini pelajar boleh mengikuti pengajian yang ditawarkan oleh universiti di politeknik dan menamatkan pengajian dengan diploma atau ijazah daripada universiti itu,” jelasnya.

Mengenai MoA itu beliau berkata ia merupakan lambang kepercayaan sebuah universiti awam terhadap kredibiliti dan kemampuan politeknik serta kualiti pengajiannya.

Sementara itu Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik Datuk Mohlis Jaafar berkata kerjasama antara USM dengan PPD itu dapat memberi nilai tambah kepada graduan politeknik agar mampu bersaing dan mendapat pekerjaan berpendapatan tinggi.

“Kolaborasi ini juga akan mengupayakan pelajar dengan kemahiran industri terkini dalam bidang masing-masing,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori