Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

LTdL: Barbin Tamatkan Badi...

MUAR - Pelumba Itali, Enrico Barbin menamatkan kemarau lima tahun kemenangan peringkat bagi...

Trump Jadikan Rumah Putih...

SELEPAS kejutan memecat Steve Bannon sebagai Pengarah Strategi Rumah Putih 12 jam lalu,...

Malaysia Destinasi ‘Shopping’ Pilihan...

MALAYSIA mendahului senarai 10 negara paling popular di seluruh dunia sebagai destinasi pilihan...

Perlu Tidur Cukup Untuk...

KUALA LUMPUR - Nyaris maut akibat terlelap ketika memandu menjadikan Khairul Nizam Ahmad...

IPIC Bayar Faedah AS$52.4 Juta Yang Matang Pada Rabu – 1MDB

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata ia difahamkan bahawa pihak International Petroleum Investment Company (IPIC) sudah membuat bayaran faedah sebanyak AS$52.4 juta yang matang pada Rabu, membabitkan nota AS$1.75 bilion dengan kadar tetap 5.99 peratus dan matang pada tahun 2022 serta diterbitkan oleh 1MDB Energy Ltd (Nota Tenaga).

“Walaupun 1MDB memiliki dana yang lebih daripada mencukupi untuk membuat bayaran faedah itu, ia setakat ini belum melakukannya untuk Nota Tenaga itu dan bagi bayaran faedah awal untuk nota AS$1.75 bilion berkadar tetap 5.75 peratus yang matang pada 2022 dan diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) Ltd (Nota Langat),” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Menurut 1MDB, ia disebabkan pertikaian antaranya dengan IPIC ketika ini.

“Kesemua hak 1MDB adalah terpelihara berikutan pertikaian itu,” jelasnya.

Syarikat pelaburan strategik itu turut menegaskan bahawa ia komited untuk bekerjasama secara terbuka dengan IPIC bagi menamatkan pertikaian tersebut.

“1MDB juga baru-baru ini sudah memulakan proses rundingan dengan para pemegang bonnya yang menggunakan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) dan menggalakkan mereka untuk mendaftar di laman mikronya iaitu sites.dfkingltd.com/1MDB,” katanya.

Laman berkenaan mengandungi semua maklumat berkaitan, termasuk perkembangan yang dikemaskini untuk pemegang bon.

Selepas mendaftar, mereka boleh mengemukakan soalan secara dalam talian menerusi laman sesawang itu, katanya.


“Malah, pertemuan bagi semua pemegang bon dalam denominasi dolar AS itu akan diadakan pada 23 Mei ini,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata pembayaran faedah dan pokok kedua-dua Energy Notes dan Langat Notes dijamin oleh IPIC.

Kementerian itu menegaskan pertikaian komersial antara 1MDB dan IPIC akan diselesaikan antara kedua-dua organisasi.

Bagaimanapun, ia akan terus memenuhi semua komitmen kewangan yang belum diselesaikan, termasuk mana-mana hutang dijamin dengan jelas dan hutang yang mempunyai surat sokongan kerajaan, kepada pelabur domestik dan antarabangsa.

Mengenai ulasan yang dibuat oleh Standard and Poors dalam Credit FAQ pada 10 Mei, 2016, berkaitan dengan 1MDB, Kementerian Kewangan menegaskan sebagai sebuah negara demokrasi dengan pilihan raya bebas dan adil, sebarang perubahan kerajaan di Malaysia hanya akan dicapai menerusi pilihan raya umum. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • 1MDB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori