Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Iklan Ambi Pur Sempena...

ALAHAI, seakan tidak percaya melihat iklan yang dipersembahkan oleh jenama penyegar udara nombor satu...

Mayat Kanak-Kanak Jatuh Sungai...

ALOR SETAR - Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemukan hari ini,...

Kes SRC: Pendengaran Rayuan...

Mahkamah Persekutuan hari ini menetapkan 10 hari mulai 15 Ogos untuk mendengar rayuan...

Thailand Tempah Slot Ke...

KUALA LUMPUR - Juara tiga kali, Thailand menempah slot ke final Piala AFF...

IPC: Kerajaan Kekal Pendirian Isu Atlet Israel

PUTRAJAYA – Persatuan sukan kebangsaan atau penganjur perlu mematuhi pendirian Malaysia terhadap Israel apabila menawarkan diri atau membuat bidaan untuk menjadi tuan rumah bagi acara sukan bertaraf antarabangsa.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan peraturan tersebut merupakan prasyarat yang perlu dipatuhi oleh penganjur kerana pendirian Malaysia membantah tindakan kejam rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Menurutnya, kerajaan kekal dengan pendirian tidak akan berkompromi mengenai isu Palestin.

“Ini bukan bermakna kerajaan campur tangan dalam sukan tetapi sebaliknya prasyarat ini adalah berdasarkan kepada soal keperikemanusiaan,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Festival Belia Bando Muo di lobi Kementerian Belia dan Sukan di sini hari ini.

Selain itu, katanya, Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.


Beliau mengulas keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) menarik balik hak penganjuran Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching dari 29 Julai hingga 4 Ogos ini.

Keputusan berkenaan dibuat oleh Lembaga IPC itu di London kelmarin selepas mendapati kerajaan Malaysia gagal membenarkan penyertaan atlet dari Israel menyertai kejohanan tersebut yang menjadi medan kelayakan untuk Sukan Paralimpik Tokyo 2020. – BERNAMA

Kategori