Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerani Boleh Mohon Tangguh...

KUALA LUMPUR : Seorang kerani yang dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan didenda...

MH17: Dunia Perlu Menyokong...

KUALA LUMPUR:Rusia telah menolak sekerasnya terhadap tuduhan pembabitannya dalam tragedi pembedilan pesawar Malaysia...

Tutup Wajah Tun M:...

SEREMBAN - Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan akur dengan peraturan yang ditetapkan oleh...

Bandar Brazil Jadi Destinasi...

Brazil yang sebelum mungkin agak asing untuk pelancongan Muslim, akan menjadi semakin mesra pelacongan halal.

Inspektor Polis Minta, Terima Suapan RM7,000 Ditahan

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai polis berpangkat inspektor kerana disyaki menyalah guna kuasa meminta dan menerima suapan RM7,000 daripada seorang lelaki yang sedang dalam siasatan polis.

Menurut sumber SPRM, pegawai berumur 31 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang itu ditahan di IPD terbabit kira-kira 8.45 malam tadi.

Pegawai polis itu dipercayai cuba mengambil kesempatan ke atas seorang lelaki yang disiasat selepas polis menerima laporan menyatakan dia telah mengugut teman wanitanya.

“Pegawai polis terbabit telah meminta wang rasuah RM7,000 daripada lelaki tersebut supaya tindakan tidak diambil ke atasnya,” kata sumber berkenaan di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – BERNAMA


*Video sekadar hiasan…

Kategori