Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Rakyat Terus Diberi Bantuan...

KUALA LUMPUR : Bantuan secara langsung sama ada secara tunai atau subsidi kerajaan,...

Serpihan Dipercayai Milik Pesawat...

BANGKOK - Serpihan yang dijumpai di pantai Nakhon Si Thammarat semalam telah dibawa...

Orang Ramai Disaran Tak...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai...

Dadah RM1.37 Juta, 4...

MUAR - Polis menahan sepasang suami isteri bersama-sama dua anak mereka berserta sejumlah...

Insiden Tembakan: Pengawal Peribadi Baru Sehari Kerja

GEORGE TOWN – Pengawal peribadi yang menembak majikannya di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, malam Khamis dipercayai baru sehari bekerja dengan mangsa.

Suspek yang berusia 37 tahun dari Kepong, Kuala Lumpur itu difahamkan menaiki kereta bersama-sama majikannya yang berstatus Datuk dan seorang rakannya.

Namun, Datuk terbabit memandu sendiri kereta jenis BMW kerana rakannya mabuk dan duduk di penumpang hadapan sementara suspek berada di tempat duduk belakang.

Sumber berkata, berlaku perselisihan faham di dalam kereta menyebabkan suspek mengamuk dan melepaskan tembakan ke arah majikannya sebelum keluar untuk menembak rakannya.

Susulan kejadian tersebut keadaan trafik semakin sesak akibat berlaku kemalangan apabila suspek mengacukan pistol ke arah rakannya dan melepaskan tembakan.

Suspek kemudiannya melepaskan tembakan secara rambang dan menyebabkan seorang pemandu kereta serta seorang penunggang motosikal di tempat kejadian maut.

Baca: 3 Maut, 4 Cedera Tembakan Rambang Di Pulau Pinang

Juga: Jurukamera RTM Cedera Ditembak Dilaporkan Stabil

Insiden Tembakan: Pengawal Peribadi Baru Sehari Bekerja

Suspek berjaya ditahan semalam oleh sepasukan anggota polis termasuk seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Ong berusia 31 tahun yang turut menaiki kenderaan sama dengan mangsa.


Kedua-dua suspek tersebut ditahan reman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 7.15 malam Khamis itu, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Datuk Ong Teik Kwang, 32; Senthil Murugiah, 38; dan Choi Hon Ming, 32.

Mangsa yang cedera pula Lee Hong Boon, 56, Nurul Huda Aziz, 38, Arivarni Krishnan, 33, Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer, 28, dan Lim Boon Leng, 32. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori