Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Azhar Perjelas Isu Henti...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini menjelaskan...

Siasatan SPRM Ke Atas...

Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan keputusannya berhubung isu perlembagaan yang dikaitkan dengan siasatan...

Gaya Abaya Muslimah Moden...

STATUS Muslimah ternyata tidak pernah membataskan gaya moden ditampilkan model ini asalkan ia...

Ahli S Club 7...

SALAH seorang ahli kumpulan S Club 7, Rachel Stevens dikecam hebat kerana meninggalkan dua...

Insiden Penumpang Diheret ‘Dahsyat’ – Trump

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan insiden penumpang United Airlines dipaksa keluar dari sebuah pesawat baru-baru ini sebagai ‘dahsyat’.

Beliau juga menggesa syarikat penerbangan menaikkan jumlah bayaran pampasan kepada penumpang yang diminta memberikan tempat duduk sekiranya berlaku lebihan tempahan dalam penerbangan.

Memetik laporan Wall Street Journal, Trump berkata: “Mereka patut menaikkan lagi. Tetapi apabila secara rawak berkata: “Awak perlu keluar dari pesawat, itu dahsyat.”

Penumpang yang diheret pegawai keselamatan dalam pesawat United Airlines, Dr. Davio Dao sedang pulih selepas insiden berlaku di Chicago pada Ahad lalu.

Peguamnya memohon kepada mahkamah untuk mengarah perintah supaya United Airlines menyimpan semua video, rakaman kokpit, senarai penumpang, kakitangan dan kru berkaitan dengan insiden berkenaan.

Ahad lalu, tiket penerbangan 3411 dari Chicago ke Louisville, Kentucky habis dijual dan penumpang sedang menunggu untuk berlepas apabila syarikat itu mengumumkan memerlukan empat tempat duduk untuk kakitangannya.

Dao, 69, doktor keturunan Vietnam dari Elizabethtown, Kentucky, adalah seorang daripada empat penumpang yang diminta turun bagi memberi tempat kepada empat pekerja United Airlines yang perlu ke Kentucky.


Beliau diheret keluar daripada pesawat oleh beberapa pegawai keselamatan apabila enggan berbuat demikian.

Rakaman video di Facebook yang menunjukkan tiga pegawai keselamatan mengheret Dao dari pesawat United Airlines tersebar di media sosial dan mendapat kritikan keras.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Oscar Munoz bagaimanapun sudah memohon maaf di atas insiden itu. – Mail Online/mStar Online

Kategori