Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isu Muka Depan: Wakil...

PUTRAJAYA - Empat wakil akhbar berbahasa Inggeris The Star hari ini hadir di...

Dalang Sindiket Dokumen Antarabangsa...

IPOH - Dalang utama sindiket pemalsuan dokumen antarabangsa yang aktif sejak kira-kira dua...

Ahli Kelab Myvi Pertahan...

MALANG sememangnya tidak berbau tapi jika 'sudah terang lagi bersuluh' mengapa masih hendak pertahankan sesuatu...

15 Gadis Diberi Dadah,...

KESENGSARAAN 15 gadis yang menjadi mangsa rogol berkumpulan 20 lelaki dalam beberapa kejadian...

Insentif RM200 Sebulan Besar Makna Kepada Pesawah

KENINGAU – Insentif RM200 sebulan kepada pengusaha sawah padi untuk tempoh tiga bulan pertama sementara menunggu hasil tuaian padi, seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2018 mampu menyuntik semangat petani untuk meningkatkan hasil pengeluaran.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Tambunan, Juanis Yojuni berkata bantuan itu sangat besar ertinya kepada petani, sekali gus memberi semangat kepada mereka untuk terus meningkatkan produktiviti dalam bidang pertanian.

Justeru, beliau mengajak pesawah di kawasan pedalaman, khususnya di daerah Tambunan, agar merebut peluang itu dengan mengusahakan sawah terbiar selain mengguna pakai kaedah pertanian moden sebagaimana disyorkan kerajaan.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Keningau Alexsius Paulus berkata pesawah seharusnya bersyukur dengan bantuan tersebut dan hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memberikan insentif itu.

Beliau berkata bantuan itu memberi nafas baharu kepada golongan pesawah untuk terus aktif dalam bidang pertanian.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Tenom David Jani pula berkata selama tempoh tiga bulan sebahagian daripada perbelanjaan pesawah ditanggung kerajaan, dan ia satu perkembangan sangat baik yang tidak pernah dilakukan pemimpin terdahulu.


“Kita perlu berterima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional kerana sentiasa membela nasib golongan pesawah,” katanya.

Beliau berkata dengan bantuan itu, ia membuktikan kerajaan benar-benar meletakkan rakyat khususnya golongan pesawah sebagai satu keutamaan.

Beliau juga mencadangkan kepada agensi yang diberi kepercayaan untuk mengagihkan bantuan itu supaya bersikap telus dan memastikan hanya golongan benar-benar layak iaitu petani aktif diberikan bantuan tersebut.

Kesemua pengerusi pertubuhan peladang berkenaan juga mencadangkan supaya badan tersebut turut diberi tanggungjawab untuk mengagihkan bantuan itu bagi memastikan ia benar-benar sampai kepada golongan sasar. – BERNAMA

Kategori