Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pakatan Harapan Bergelut Soal...

PADANG TERAP - Pakatan Harapan dilihat masih bergelut dalam soal memperoleh kepercayaan antara...

Singapura Kutuk Serangan Pengganas...

SINGAPURA - Singapura mengutuk serangan pengganas di London, United Kingdom pada Sabtu, kata...

STPM: Pesanan Mendiang Ayah...

PEKAN - Kehilangan bapa ketika menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mematahkan...

Bayi Sam & Syatilla...

SIAPA yang tidak teruja apabila anak yang dikandung memberikan senyuman ketika melakukan imbasan...

Inklusif, Mampan Perlu Menjadi Teras Dasar ASEAN – Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa supaya kemampanan dan inklusif menjadi teras dasar-dasar ASEAN untuk membina sebuah perkumpulan yang benar-benar bersepadu.

Semasa membuat gesaan itu, Perdana Menteri Malaysia berkata sebagai sebuah komuniti, ini bermakna perlu memberikan penekanan sewajarnya terhadap agenda pembangunan.

Merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) Ke-48 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini, beliau mengambil perhatian bahawa 10 negara anggota ASEAN berada pada tahap berbeza – merapatkan jurang berkenaan bukan lagi satu pilihan.

“Ini amat penting sekiranya kita mahu membina ASEAN yang benar-benar bersepadu, sebab itu kenapa inklusif dan kemampanan perlu menjadi teras dasar-dasar kita untuk berkembang maju,” kata Najib.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, menegaskan ASEAN yang semakin bersepadu berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2050.

“Malah ada pihak yang menganggarkan kita mampu menjadi pasaran keempat terbesar selepas Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan China menjelang 2030 – hanya 15 tahun dari sekarang,” katanya.

“Kita (ASEAN) sudahpun memiliki tenaga kerja ketiga terbesar selepas India dan China, dan adalah realistik untuk kita melihat diri kita sebagai “Kuasa Ketiga’ di Asia,” kata Najib.


Perdana Menteri menegaskan ASEAN perlu yakin dengan masa depannya dan juga lantang mengenai keyakinannya.

Beliau memberitahu mereka yang berhimpun pada majlis perasmian itu bahawa sekiranya ASEAN ada kalanya diremehkan, “kita perlu berhati-hati kerana kita sendiri tidak bersalah bagi perkara itu”.

“Sudah tiba masanya bagi suara ASEAN yang bersatu didengar lebih kerap pada forum multilateral,” katanya dan menurutnya tiada sebab kenapa ASEAN tidak boleh memainkan peranan lebih aktif dalam komuniti antarabangsa dan memberi tumpuan kepada perkara di luar sempadannya.

Beliau mengambil perhatian bahawa ini kerana banyak isu pada hari ini, seperti perubahan iklim, jenayah rentas sempadan, ancaman ekstremisme dan migrasi tidak dapat diselesaikan oleh sesebuah negara secara bersendirian. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori