Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiada Sambutan Deepavali Negeri,...

JOHOR BAHRU - Sambutan Deepavali peringkat negeri Johor tidak akan diadakan bagi menghormati...

Banjir: 57 Sekolah Ditutup...

KUCHING - Banjir di beberapa kawasan di negeri ini menyebabkan 57 sekolah ditutup...

Wanita Menangis Atas Jambatan...

PUTRAJAYA - Seorang wanita tular dalam video TikTok kerana duduk dalam keadaan menangis...

Sukarelawan OKU Nikmati Kenaikan...

PETALING JAYA - Peningkatan bayaran sagu hati untuk sukarelawan kesihatan yang terbabit dalam...

Infrastruktur Pulau Semakin Baik – Sultan Johor

MERSING – Kembara Jelajah Pulau Mersing 2016 selama dua hari bermula semalam turut menyaksikan peningkatan infrastruktur untuk kemudahan penduduk sekitar pulau-pulau di daerah itu.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mengetuai kembara pulau itu mengakui terdapat peningkatan kemudahan kepada penduduk sekitar kawasan pulau.

“Kembara Jelajah Pulau kali ini ada peningkatan. Saya harap kerajaan negeri meneruskan kerja infra (menyediakan kemudahan) untuk penduduk pulau,” titah Sultan Ibrahim ketika ditemui pemberita di Pulau Sibu di sini hari ini.

Baginda bertitah sumber air bersih yang disalurkan ke semua pulau di daerah Mersing juga sudah bertambah baik dan boleh dimanfaatkan semua penduduk.

“Adalah peningkatan untuk Kembara Jelajah Pulau Mersing kali ini. Saya harap kerajaan dapat meneruskan kerja infrastruktur untuk penduduk pulau.


“Air (bekalan kepada penduduk) nampak sudah bagus selain bantuan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ) juga bagus,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas menghadiri majlis terakhir Kembara Jelajah Pulau Mersing 2016 di Pulau Sibu di sini, hari ini.

Kembara Jelajah Pulau Mersing 2016 yang berlangsung selama dua hari satu malam itu menyaksikan Sultan Johor melawat ke lapan pulau sekitar Mersing, sejauh lebih 500 kilometer sambil ditemani Tunku Panglima Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Tunku Abu Bakar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori